Artikel Terkini

KDNK: Isi rumah terkesan dengan unjuran 0.1 peratus – Yusof Saari

51559091424 MohdYusof - KDNK: Isi rumah terkesan dengan unjuran 0.1 peratus - Yusof Saari

rumahibs logo black - KDNK: Isi rumah terkesan dengan unjuran 0.1 peratus - Yusof Saari

71559091433 MohdYusof - KDNK: Isi rumah terkesan dengan unjuran 0.1 peratus - Yusof Saari

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan isi rumah akan terkesan dengan penguncupan unjuran 0.1 peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2020 berbanding sasaran pertumbuhan 4.5 peratus sebelum ini.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari bagaimanapun berkata, angka itu diperolehi selepas mengambil kira unjuran suntikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) baru-baru ini.

“Jadi kekurangan 10 sen ini menyebabkan negatif 0.1 peratus, bukan bermaksud ekonomi tidak bergerak, ekonomi bergerak cuma ia lebih perlahan berbanding 2019.  Kalau 2019 kita dpat pendapatan 100 ringgit, tapi sesi kali ini melanda, kita dapat 99.90. Kita kurang 10 sen,” katanya di dalam rancangan Niaga di sini, pada Rabu.

Bank Dunia menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2020 menguncup kepada 0.1 peratus, berbanding sasaran pertumbuhan 4.5 peratus sebelum ini.

Melalui laporan ‘Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2020’ Bank Dunia, penurunan ketara unjuran itu turut mengambil kira momentum pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding separuh kedua 2019.

Dalam pada itu katanya, pertumbuhan negara-negara di seluruh dunia mencatat penurunan lebih rendah berbanding tahun lepas antara lain disebabkan COVID-19.

Ujarnya, negara mengambil pendekatan tengah dan mahu ekonomi tetap bergerak walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Sementara itu jelasnya, kerajaan perlu ada dasar fiskal bersasar untuk memastikan insentif disalurkan kepada golongan sepatutnya terutama semasa musin COVID-19 ini.

Tegasnya, usaha memaksimakan setiap ringgit mampu memberi penjanaan berganda ekonomi dalam tempoh enam bulan akan datang.

Bank Dunia sebelum ini dilaporkan berkata, pelaburan dan eksport bersih di Malaysia dijangka mengalami penguncupan lebih besar pada 2020, manakala penggunaan swasta dijangka berkembang pada kadar lebih perlahan, daripada 7.6 peratus tahun lalu kepada 1.6 peratus pada 2020.



rumahibs logo black - KDNK: Isi rumah terkesan dengan unjuran 0.1 peratus - Yusof Saari

Source link

Related Posts