Artikel Terkini

Kebanyakan syarikat ada rancangan pengurusan krisis – ICDM



KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus syarikat di Malaysia mempunyai pelan kesinambungan perniagaan atau pelan pengurusan krisis untuk menangani atau mengurangkan kesan pandemik global seperti COVID-19, menurut satu tinjauan dilakukan oleh Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM).

Bagaimanapun, kaji selidik itu menekankan bahawa hanya 62 peratus daripada syarikat-syarikat ini telah mula melaksanakan rancangan mereka, manakala 21 peratus mengakui bahawa organisasi mereka tidak mempunyai pelan kontingensi tetapi sedang membangunkannya sebagai tindak balas kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada syarikat yang mempunyai pelan kesinambungan perniagaan atau pelan pengurusan krisis, hanya 17 peratus menunjukkan keyakinan terhadap keberkesanannya, manakala 70 peratus mengakui bahawa rancangan mereka ada ruang untuk penambahbaikan dalam menyesuaikan diri terhadap keadaan akibat penularan COVID-19.

Baki 13 peratus berpendapat bahawa rancangan semasa mereka tidak mencukupi untuk menangani kesan terhadap perniagaan mereka dan perlu dikaji semula.

93 peratus daripada responden bersetuju dengan tanggapan bahawa perniagaan menahan impak yang lebih teruk berikutan lanjutan PKP hingga pertengahan April kerana mereka percaya pandemik berpanjangan akan menjejaskan lagi ekonomi Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ICDM, Michele Kythe Lim menyifatkan keadaan sekarang sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku untuk perniagaan di Malaysia.

Beliau berkata penularan COVID-19 memaksa organisasi untuk menyusun semula dan menimbang semula model perniagaan mereka, strategi serta tawaran produk dan perkhidmatan mereka.

“Dengan dilengkapi dengan peralatan dan pengetahuan yang betul adalah penting untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan kelestarian perniagaan mereka.

“Lebih-lebih lagi, ahli lembaga dan pengarah perlu bertindak segera sekiranya tidak ia menjejaskan lagi perniagaan, kata Lim.

Beliau menekankan bahawa ini adalah masa yang penting bagi syarikat untuk menilai pelan kontingensi perniagaan mereka untuk memastikan perniagaan mereka dapat mengatasi krisis, sambil menambah bahawa ahli lembaga perlu menyedari bahawa pengurusan krisis harus sepatutnya sudah dimulakan sebelum krisis melanda syarikat.

“Ia sepatutnya menjadi sebahagian langkah-langkah penting bagi mengurangkan risiko terhadap syarikat dan dan bukannya reaktif,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts