Artikel Terkini

Kehidupan Mewah Di Puncak Bukit Rahman Putra – Alstonia


Setelah bekerja keras dan berjaya,
kita pasti mengimpikan kehidupan yang mewah sebagai tanda kejayaan dan juga
ganjaran untuk diri sendiri.

Ada yang pergi bercuti keluar negara,
ada yang membeli barangan berjenama tinggi, tidak kurang juga yang membeli kereta mewah sebagai
peningkatan status di kalangan masyarakat.

Tetapi itu semua tidak boleh
menandingi hartanah yang melambangkan kemewahan status seseorang. Dengan
hartanah yang dibeli, kita dapat merasa pulangan
daripada pelaburan hartanah tersebut, dengan ini akan
menjadikan kita seorang pelabur yang bijak.

Berita
baik untuk sesiapa yang ingin memiliki hartanah yang setaraf dengan status
tersebut, kini kami memperkenalkan projek Alstonia di Bukit Rahman Putra.

Komponen Rumah – Villa Tiga Tingkat dan Kondo
Mewah

Alstonia memiliki 214 unit kondominium dan 31 unit villa tiga tingkat, ianya eksklusif untuk mereka yang sangat mengidamkan rumah yang istimewa. Kawasan ini dijangkakan akan menjadi kawasan golongan elit pada masa hadapan.

Villa tiga tingkat ini mempunyai keluasan 3,500 kaki persegi, ianya cukup luas untuk menempatkan keluarga bersaiz besar dengan membawa bersama ibubapa dan keluarga mertua sekaligus akan
 menjadikan
keluarga lebih ceria.

Manakala bagi kondominium pula,
terdapat beberapa jenis rekabentuk yang berbeza. Mempunyai keluasan yang
berbeza iaitu daripada 1,000 kaki persegi sehingga 1,400 kaki persegi. Ianya sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan juga yang
telah berkeluarga.

Lokasi Eksklusif Di Bukit Rahman Putra

Apabila kita sebut sahaja Bukit Rahman Putra, ramai yang mengetahui bahawa ianya merupakan lokasi yang sangat eksklusif di kawasan Sungai Buloh. Dikelilingi hartanah yang mewah dan juga merupakan kawasan yang selamat, dengan adanya konsep kawalan keselamatan berpagar yang ketat.

Penduduk yang tinggal di kawasan ini juga terdiri daripada golongan yang mempunyai status yang tinggi kerana terdapat banyak banglo dan rumah berkembar disekelilingnya.

Kediaman Atas Puncak Bukit

Kebiasannya mereka yang tinggal di atas bukit dikategorikan sebagai golongan atasan. Bukan setakat itu sahaja, keadaan cuaca yang sejuk dan udara yang nyaman boleh dinikmati apabila kita berada di atas bukit.

Selain itu, ianya dapat membantu meningkatkan
tahap kesihatan apabila tinggal di dalam persekitaran yang kondusif. Tubuh badan juga akan menjadi semakin sihat, minda
pula menjadi semakin cerdas dan anak-anak juga
pasti akan menyukainya.

Pelbagai Kemudahan Disediakan

Kemudahan-kemudahan yang kita inginkan seperti kolam renang, gimnasium dan banyak lagi ada disediakan di Alstonia ini. Taman permainan kanak-kanak yang serba lengkap juga ada disediakan untuk memudahkan kita beriadah bersama seisi keluarga.

Setelah
seharian penat bekerja, semestinya kita ingin pulang ke kawasan yang tenang dan mempunyai
pelbagai kemudahan untuk kita berehat. Rehat yang
secukupnya diperlukan untuk kita mencapai tahap produktiviti yang tinggi bagi meningkatkan
prestasi kerja kita.

Akses Yang Mudah

Memandangkan Bukit Rahman Putra bukanlah tempat yang baru, pembangunan di persekitarannya telah berkembang maju dan terdapat banyak akses bagi memudahkan penduduk keluar masuk daripada kawasan perumahan. Terdapat juga lebuhraya yang berhampiran dengan Kawasan in seperti PLUS, DUKE, Guthrie dan LDP serta banyak jalan-jalan utama untuk ke Damansara, Kepong, Shah Alam, Selayang, Rawang dan sebagainya.

Bagi mereka yang mahu menggunakan
kemudahan pengangkutan awam, terdapat perkhidmatan
KTM dan MRT yang sangat berhampiran dengan kawasan ini bagi memudahkan penduduk yang bekerja di
luar kawasan.

Kemudahan Sekitar Yang Pelbagai

Di kawasan sini juga terdapat banyak kemudahan untuk semua peringkat umur seperti ELC International School, IGB International School dan HELP International School bagi mereka yang bersekolah. Pelbagai jenis bank dan stesen minyak, KFC, McDonalds, TSB Commercial Centre dan The Store juga berhampiran. Bagi mereka yang gemar sukan golf, Kelab Golf Rahman Putra dan Kelab Golf Valencia berada tidak jauh daripada kawasan ini.

Hospital Sungai Buloh juga tidak jauh daripada lokasi ini. Kepada meraka yang gemar
membeli belah, IKEA dan IKANO yang terletak di
Mutiara Damansara hanyalah beberapa minit sahaja
perjalanan daripada Bukit Rahman Putra. Pendek kata, segala kemudahan
yang cukup lengkap sudah berada di kawasan ini.

Harga Yang Berpatutan

Mesti terdetik di fikiran anda bahawa hartanah di Alstonia ini mahal kan? Tidak seperti apa yang anda sangkakan, harga kondomium mewah ini  hanya bermula daripada RM598,000 dan terdapat diskaun sebanyak 7% bagi golongan bumiputera.

Harga villa mewah tiga tingkat
pula hanya bermula dengan harga RM1.5 juta, dan juga terdapat diskaun 7% untuk
golongan bumiputera. Memang berbaloi bagi mereka
yang sedang mencari kediaman mewah di kawasan sekitar Bukit Rahman Putra.

Tawaran Menarik

Kenapa membeli sekarang? Diskaun atau rebat sebanyak 18% akan diberikan semansa Kempen Milik Rumah (HOC). Selain daripada diskaun atau rebat yang tertera, pembeli hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM3,000 sahaja untuk menempah kediaman mewah anda hari ini. Alstonia dijangkakan siap pada tahun 2023, maka bersedialah dari sekarang untuk kehidupan mewah anda pada masa akan datang.

Realisasikan impian kehidupan mewah anda pada masa hadapan dengan memiliki rumah kediaman di Alstonia pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.alstonia.com.my atau hubungi kami sekarang di talian 03-2718 1771.

Jumpa anda di Alstonia Sales Gallery hari ini!

Komen

komen





Source link