Uncategorized

Kelibat naga dilihat di Kuala Lumpur! Ada sesiapa nampak dan ambil gambar?

Kelibat naga dilihat di Kuala Lumpur! Ada sesiapa nampak dan ambil gambar? 1


KUALA LUMPUR: Bertenang… jangan panik. Cuma berwaspadalah setiap kali keluar rumah dan keraplah memandang ke sekeliling anda sebagai langkah berjaga-jaga.

Pakar dalam ilmu makhluk mitos menyarankan bahawa kelibat seekor naga yang dilihat di sekitar Kuala Lumpur mempunyai persamaan dengan naga yang muncul dalam siri popular HBO, Game of Thrones.

Naga itu dikesan di sekitar jalanan Lembah Kelang terutamanya di kawasan popular seperti pusat bandar Kuala Lumpur, Bangsar, Damansara, Subang dan Bukit Jalil.

Bagi mereka yang masih ingin mencuba nasib untuk melihat sendiri naga itu, ini ada sedikit tip. Anda disarankan untuk berada di sekitar kawasan kolam pancuran Pavilion dari 16 hingga 28 April, dan 1 Utama Shopping Centre dari 3 hingga 19 Mei.

Sesiapa yang bertuah dapat menemui naga itu digalakkan untuk mengambil gambarnya, seterusnya memuat naik gambar itu di media sosial – Facebook, Instagram atau Twitter.

Para peminat Game of Thrones tentunya tidak sabar menanti tayangan musim finale siri popular itu. - HBO

Jangan lupa sertakan hashtag #AstroGoT #DragonSpotted dan pastikan akaun media sosial anda dibuka kepada umum.

Beritahu kepada kami jika anda fikir replika rasmi naga itu dari jenis ais atau api serta sebabnya. Sedikit peringatan — mata naga itu berubah warna!

Muat naik yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi cenderamata eksklusif Game of Thrones.

Musim terakhir Game of Thrones akan menemui penonton pada hari yang sama ia ditayangkan di Amerika Syarikat, menerusi saluran HBO (Saluran 411 dan 431).

Jangan khuatir, jika anda tidak berkesempatan menonton musim-musim sebelumnya. Semua siri episod tanpa tapisan dan sedutan eksklusif ‘on demand’.

Semua itu boleh didapatkan melalui PVR dan Astro Go. Jika anda bukan pelanggan Astro, jangan bimbang kerana Pas HBO Game of Thrones akan datang kepada anda tidak lama lagi. Dapatkan maklumat lanjut di www.watchod.com





Source link