Artikel Terkini

Kemunculan Semula Virus Henta Ditengah Wabak Covid, Ini Cara Semulajadi Halau Tikus Dari Kediaman


Siapa saja yang tidak geli pada tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya termasuklah menjadi pembawa virus Henta yang telah membunuh seorang lelaki dari China baru-baru ini.

Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat mendatangkan masalah.

Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?

Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :

Daun Pandan Daun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.

Serai Wangi 
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.

Kulit Durian 
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.

Buah Mengkudu 
Sifat nuah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.

Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.

Kapur Barus 
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.

Jadi inilah antara bahan yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!

 

Baca juga : Cara halau lipan, atasi masalah tahi cicak



Source link