Artikel Terkini

Kenali 4 Keluarga Malaysia Yang Berjaya Membina Legasi Kekayaan


Susulan artikel 8 Sebab Kenapa Orang Kaya Bertambah Kaya yang lalu, ia sememangnya sesuatu yang boleh kita fikirkan dan dijadikan panduan.

Menurut businessinsider.my, penulis buku ‘The Billion Dollar Secret’ iaitu Rafael Badziag yang  menemuramah 21 bilionaire, ada 6 persamaan sikap orang berjaya iaitu :

  • Bangun
    awal
  • Jaga
    kesihatan
  • Membaca
  • Berfikir
    dalam
  • Ada
    rutin dan meditasi
  • Disiplin

Kita ambil
contoh beberapa jutawan di Malaysia yang berjaya membina legasi.Dari dia
bermula,anak-anak,cucu-cucu dapat mengurus,mewarisi dan meneruskan legasinya.Mereka
adalah :

1. Tan Sri Robert Kuok

Beliau bermula sebagai seorang office boy dan selepas tamat belajar di Raffles Institution, beliau bekeja sebagai kerani di syarikat beras Jepun. Tan Sri Robert bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949.

Kini,beliau orang utama syarikat multinasional iaitu Kumpulan Kuok yang menjalankan beberapa perniagaan seperti penanaman tebu, penapisan gula, pengilangan tepung, hotel, hartanah, engangkutan dan pelbagai lagi. Beliau juga pengerusi hotel Shangri-la dan Resort Chain.

Anak beliau Kuok Khoon Ean adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan operasi harian perniagaannya.

Anak yang lain Kuok Khoon Ho adalah pengerusi Kuok Brothers. Anak perempuannya Kuok Hui Kwong pula Managing Director dan Chief Executive SCMP Group dan Chairperson Shangri-La Asia.

2. Tan Sri Nasimuddin SM Amin

Beliau bermula sebagai kerani dan pembantu kontraktor binaan di syarikat pembinaan bapanya. Pada tahun 1974, beliau mampu menyimpan RM80,000 dalam akaun hasil gaji sebagai pembantu ayahnya.

Minatnya terhadap kereta dan automobil membuahkan hasil dengan membeli 20 permit import (AP) dan mengimport kereta buatan asing dari Jepun.

Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri seperti kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, hartanah dan banyak lagi.

Anaknya Datuk Wira SM Faisal pula adalah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza serta Pengasas dan Pengarah Urusan Eftra Holdings Sdn Bhd.

Anak lelaki yang lain iaitu SM Nasarudin pula merupakan Ketua Operasi Naza Corporation Sdn Bhd dan mengambil alih jawatan CEO di tiga syarikat Naza iaitu Nasim Sdn Bhd, Naza Corporation Sdn Bhd dan NZ Diners Sdn Bhd.Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Anak lelaki bongsu beliau iaitu SM Faliq memegang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn Bhd dan berkahwin dengan Chryseis Tan anak kepada Pengerusi Berjaya Corporation Berhad iaitu Tan Sri Vincent Tan.

3. Tan Sri Vincent Tan

Beliau merupakan pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Pelbagai rangkaian bisnes dijalankan oleh kumpulan Berjaya seperti perhotelan, penerbangan, resort, perjudian dan mempunyai Menara Berjaya Times Square yang terletak di Kuala Lumpur

Anak lelaki sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching mengambil alih jawatan Ketua Eksekutif (CEO) syarikat B-Corp, yang merupakan syarikat utama Berjaya Group of Companies.

Anak perempuannya Chryseis Tan merupakan peneraju startup bisnes fesyen Goxip.

Anak perempuannya yang lain Nerine Tan mengambil alih jawatan CEO bagi syarikat Berjaya Sports Toto Bhd.

4. Bonda Rozita Ibrahim

Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Melaya ini merupakan ibu kepada Dato’ Sri Aliff Syukri Bin Kamarzaman. Beliau memiliki Sendayu Tinggi Holdings dan mempunyai 9 anak syarikat lain.

Sendayu Tinggi Manufacturing yang terletak di Port Klang diuruskan anak perempuannya Noor Hayati Kamarzaman. Bonda Rozita telah memberi kepercayaan kepada Hayati untuk menguruskan jenama Sendayu Tinggi.

Manakala anak lelakinya pula adalah pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris.

Tan Sri Syed Mokhtar Takde?

Siapa yang tak kenal dengan Tan Sri Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kan? Beliau memiliki Pos Malaysia, DRB-Hicom, MMC Coporation yang merupakan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan banyak lagi syarikat lain dan merupakan di antara orang terkaya di Malaysia. Namun penulis tidak menjumpai maklumat lanjut mengenai anak dan keluarga beliau.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk meninggalkan legasi kepada keluarga samaada dalam perniagaan mahupun warisan harta pusaka untuk kebaikan generasi akan datang.

Penafian: Kisah ini hasil carian dan pembacaan penulis sendiri dari sumber internet, majalah dan akhbar.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.



Source link