Artikel Terkini

Kenali 4 Pemuda Hebat Yang Tersenarai Dalam ‘Forbes 30 under 30 Asia’


Sekalung tahniah diucapkan kepada pemuda-pemuda yang
mengharumkan negara sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila
tersenarai di dalam ‘Forbes 30 under 30 Asia’. Biasa kita dengar Forbes buat
senarai untuk orang terkaya je kan? Kali ini Forbes menyenaraikan pemuda
terbaik di antara yang terbaik, yang memberi sumbangan terbesar dalam bidang
masing-masing.

Siapakah gerangan 4 pemuda hebat dari Malaysia tersebut? Jom
kita berkenalan dengan mereka semua.

1. Melvin Poh: Pelabur dan Pengasas, The Asian Enterpreneur

Melvin merupakan pengasas The Asian Enterpreneur, yang merupakan platform global perkongsian ilmu orang ramai dan menghasilkan kandungan pendidikan mengenai keusahawanan peringkat Asia.

Menembusi lebih daripada 20 buah negara dan mempunyai 650 orang penulis seluruh dunia, The Asian Enterpreneur diiktiraf seluruh dunia untuk sumbangannya dalam bidang kandungan pendidikan yang bermanfaat.

2. Cheong Jin Xi: Pengasas, Poladrone

Seterusnya kita ada Jin Xi dengan syarikat beliau bernama Poladrone, yang telah memeta dan menganalisa lebih daripada 200,000 hektar tanah pertanian di Asia Tenggara.

Beliau telah membuka mata orang ramai tentang bagaimana dron boleh membantu meningkatkan produktiviti bagi tanaman mereka.

3. Kendrick Wong: Pengasas dan CEO, Omnilytics

Baru berusia 27 tahun, Kendrick mengetuai sebuah syarikat yang pakar dalam analisis fesyen dan kecerdasan pasaran. Beliau yang telah membangunkan dua syarikat dan kemudian menjualnya, memiliki pemahaman yang mendalam dalam industri pakaian yang bernilai jutaan ringgit.

4. Aaron Patel: CEO, iHandal Energy Solutions

Beliau bermula dengan projek kejuruteraan semasa di bangku sekolah menengah, sehinggalah hari ini Aaron Patel menjadi penyedia penyelesaian bagi kejuruteraan terma di rantau Asia.

Berbekalkan visi untuk menjadikan masa depan yang lebih hijau untuk generasi akan datang, beliau menumpukan perhatian di dalam pembangunan teknologi baru di dalam industri hijau.

Kenali Mereka Dengan Lebih Dekat Dengan Video on Demand

Sebenarnya keempat-empat ikon muda ini telah pun berkongsi
pengalaman mereka di atas satu pentas pada acara Business Foresight Forum (BFF)
2019 yang dianjurkan Securities Industry Development Corporation (SIDC) yang telah
pun diadakan pada 19 September 2019 yang lalu.

Bagi mereka yang terlepas menyaksikan mereka secara
langsung, jangan risau. Anda masih berpeluang untuk bersama-sama mereka dengan
melanggan Video on Demand serendah RM90.

Langgan sekarang di https://www.ticket2u.com.my/event/14790/business-foresight-forum-(bff)-2019-(live-streaming).

Langgan segera, kena promosi ini akan tamat pada 3 Oktober
2019.

Komen

komen





Source link