Artikel Terkini

Kenali kualiti durian… apa itu Gred Premium, 1 dan 2


MUSIM durian tiba lagi!

Biarpun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun pastinya ia bukan penghalang bagi penggemar durian mencari citarasa yang terbaik.

Digelar “Raja Segala Buah”, durian yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia ini mempunyai kelasnya tersendiri.

Tetapi, tahukah anda tentang pengkelasan durian? Bagaimana pula dengan kualitinya?

Kenali Durian

– Nama botaninya ialah Durio zibethinus L dan merupakan daripada keluarga Bombacaceae.

– Banyak ditanam di Asia Tenggara dan di Malaysia, kawasan penanaman utama ialah Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Perak.

– Ia mengandungi khasiat seperti fosforus, kalsium, kalium dan vitamin C.

– Kematangannya adalah semulajadi, di mana ia akan gugur dari pokok apabila sudah masak.

– Bau dan aroma yang kuat antara faktor yang menunjukkan buah sudah matang dan sesuai dimakan.

– Terdapat pelbagai jenis durian di Malaysia tetapi klon yang disyorkan ditanam secara komersial ialah D24, D101 dan D197 (Musang King).

Kenali apa itu durian gred Premium, 1 dan 2.

Tiga Spesifikasi Gred Durian

Gred Premium

Antara ciri utama: Tiap-tiap buah mesti mempunyai empat pangsa yang berisi, duri sempurna (tidak patah atau pecah), buahnya pula bebas kecacatan (kecuali kecacatan yang tidak menjejaskan rasa dan kualitinya).

Gred 1

Antara ciri utama: Tiap-tiap buah mesti mempunyai tiga pangsa yang berisi, duri sempurna hanya dengan sedikit pecah sahaja di hujung, kecacatan dibenarkan namun mestilah tidak menjejaskan rupa, rasa dan kualiti dalaman.

Gred 2

Antara ciri utama: Tiap-tiap buah mesti mempunyai dua pangsa yang berisi, kecacatan yang tidak jelas boleh diterima tetapi mestilah tidak memberi kesan kepada isi buah.

Sumber: FAMA





Source link