Artikel Terkini

Kenali Pengasas Telegram Dan 5 Iktibar Dari Kisah Beliau


Semakin hari, semakin ramai yang menggunakan aplikasi Telegram untuk berbisnes, terutamanya mereka yang ingin mengumpulkan ahli dan berkongsi maklumat berkaitan perniagaan dan lain-lain lagi. 

Namun, tahukah anda siapa pencipta aplikasi yang temanya berwarna biru ini?

Telegram dilancarkan pada tahun 2013 oleh Durov
bersaudara iaitu Nikolai Durov dan Pavel Durov. Sebelum ini, pasangan itu
mengasaskan rangkaian sosial Rusia iaitu VKontakte yang kemudiannya diambil
alih oleh Mail.ru Group selepas ditinggalkan oleh mereka.

Nikolai Durov mencipta protokol MTProto yang menjadi asas bagi teks mesej. Sementara itu, Pavel Durov menyediakan sokongan dan infrastruktur kewangan melalui dana Digital Fortressnya.

Mereka juga telah bergabung dengan rakan kongsi mereka iaitu Axell Neff sebagai pengasas bersama. Mereka menyatakan bahawa matlamat Telegram dicipta bukanlah untuk membawa keuntungan.

Kisah
Permulaan Dan Perkembangan Telegram

Telegram didaftarkan sebagai Limited Liabity
Partnership (LLP) bagi Inggeris dan Limited Liabity Company (LLC) bagi Amerika
Syarikat. Mereka tidak mendedahkan di mana mereka menyewa pejabat. Namun, Pavel
Durov telah berkata bahawa perkhidmatan itu bertapak di Berlin, Jerman pada
tahun 2014 dan awal tahun 2015.

Mereka telah berpindah ke bidang kuasa yang berbeza
selepas gagal mendapatkan permit kediaman bagi semua orang di dalam pasukannya.
Kumpulan Durov telah meninggalkan Rusia dan dikatakan berpindah dari satu
negara ke satu negara yang lain dengan 15 ahli pasukannya. Menurut laporan
akhbar, pasukan mereka (Telegram) kini berpangkalan di Dubai.

Apakah
Telegram Dan Fungsi-Fungsinya?

Telegram adalah applikasi pesanan segera berasaskan
cloud (awan) dan suara melalui perkhidmatan Internet Protocol (VOIP). Applikasi
Telegram tersedia untuk Android, iOS, Windows Phone, Windows NT, macOS dan
Linux. Pengguna telegram boleh menghantar mesej dan bertukar gambar, video,
pelekat, audio dan bermacam-macam lagi dokumen-dokumen yang lain.

Pada bulan Mac 2018, Telegram menyatakan bahawa ia mempunyai 200 juta pengguna aktif bulanan. Saluran Telegram mempunyai begitu banyak ciri-ciri mereka yang tersendiri dan berkemungkinan dapat menjadikan aplikasi media sosial lain agak ketinggalan. Tidak seperti Viber atau WhatsApp, pengguna boleh membuat dan berkongsi pek pelekat mereka sendiri secara percuma.

Siapa kata Durov tidak mempunyai halangan dan cabaran dalam mengembangkan telegram ke pelusuk dunia. Tanpa cabaran dan dugaan, tak mungkin beliau akan mengecapi kejayaannya hari ini.

Jom kita lihat 5 iktibar dari kisah beliau. Semoga dapat memberi inspirasi kepada kita semua.

1. Sering Mengetahui Apa Yang Diperlukan Oleh Pengguna

Durov banyak menganalisis dan mengetahui bahawa pengguna menghabiskan lebih banyak masa untuk bersembang berbanding dengan ‘scroll feed’ mereka di Facebook.

Apa yang paling penting, beliau mengetahui cara untuk
memuaskan hati penggunanya. Oleh itu, beliau telah mencipta akses pesanan yang
unik untuk semua orang.

Selain itu, sementara semua orang telah membincangkan tentang privasi yang mudah digodam, Durov dan pasukannya menciptakan sekuriti bersembang yang paling selamat pernah dihasilkan.

Durov juga pernah berkata bahawa “sesiapa yang dapat menggodam sistem applikasinya (Telegram), dia akan memberi wang yang sangat banyak”. Namun, sehingga hari ini tiada siapa yang berjaya.

2. Ringkas, Senang Dan Pantas

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, syarikat ini tidak membelanjakan apa-apa untuk tujuan pemasaran. Telegram mempunyai ratusan juta pengguna kerana aplikasinya sangat ringkas dan mudah.

Aturannya sangat senang dan mudah difahami adalah resepi kenapa ia menjadi pilihan utama penggunanya. Anda boleh contohi cara pengasas Telegram ini dalam memudahkan penggunaan produknya.

3. Tidak Gentar Bersaing Dengan Syarikat Lain

Iktibar dari kisah Durov yang boleh kita ambil adalah beliau sedikit pun tidak takut bersaing dengan syarikat lain, malah beliau lebih yakin dengan syarikat dan produk beliau sendiri.

Telegram dilancarkan apabila aplikasi WhatsApp telah popular di seluruh dunia. Persaingan semakin sengit apabila muncul lebih banyak aplikasi baru seumpamanya seperti WeChat , Viber dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Telegram terus melangkah ke puncak dan semakin popular saban hari di peringkat global.

4. Idea Dalam Melaksanakan Produk

Idea saluran Telegram dan bot telah membentuk alat
pemasaran tambahan untuk syarikat. Bot telah membantu dan memberikan peluang
untuk pengguna mengetahui maklumat yang diperlukan. Kini, boleh dikatakan
hampir setiap pengguna Telegram mempunyai senarai saluran kegemaran atau bot
yang digunakan setiap hari, betul tak? Hebat betul idea mereka dalam
melaksanakan produk!

5. Mempercayai Rakan Sekerja

Untuk pengetahuan anda, Durov hanya mempunyai 15
anggota dalam pasukan utamanya. Mereka telah merancang, membangun dan
menguruskan segala-galanya tentang applikasi Telegram.

Namun apa yang membuahkan kejayaan mereka adalah sikap Durov dan anggotanya sering mempercayai satu sama lain. Itulah iktibar yang boleh diambil dari kisah beliau.

Kesimpulannya,

Walaupun anda berfikir bahawa produk anda banyak
persaingan, banyak lagi cara boleh anda lakukan untuk mengembangkan perniagaan
anda dan berjaya. Fikirkan apa yang dibuat oleh Telegram walaupun kita tahu
bahawa mereka mempunyai banyak pesaing yang kuat.

Dalam menghasilkan sesuatu produk, fokus, peka dan
keluarkanlah idea yang mengutamakan pengguna dan memberikan mereka kepuasan
maksimum.

Sumber RujukanErminesoft



Source link