Artikel Terkini

Kerajaan laksana 18% diskaun di semua lebuh raya PLUS mulai 1 Feb



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan pengurangan 18% ke atas kadar tol bagi penggunaan kenderaan persendirian di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berkuat kuasa 1 Februari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu berdasarkan persetujuan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Januari, 2020.

Katanya lagi, lebuh raya yang terlibat ialah – Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

[BERITA LANJUT MENYUSUL]





Source link

Related Posts