Uncategorized

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 1


Kerja pertama merupakan kerja yang dilakukan sekadar untuk menimba ilmu dan menambah duit poket. Kebanyaka daripada kita bekerja dalam masa yang singkat untuk mengambil sedikit pengalaman sebelum didedahkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar.

Berikut adalah senarai eksekutif syarikat terkenal dunia sebelum mereka mengemudi syarikat terkemuka dan menjadi orang kaya dan terkenal.

Jeff Bezos

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 2

Siapa sangka dahulunya beliau pernah bekerja di restoran McDonald’s pada tahun 1980-an, kini menjadi orang terkaya di dunia. Begitulah nasib manusia jika kita sendiri yang menetukan hala tuju hidup kita. Jeff Bezos yang dibayar dengan gaji sebanyak $2.69 untuk sejam di restoran tersebut.

Beliau yang kemudian menamatkan pengajian dalam bidang sains komputer dan memasuki alam pekerjaan secara profesional selepas tamat pengajianya itu. Beliau yang bekerja sebagai penganalisis saham di sebuah syarikat saham yang baru bermula yang bernama Fitel sebelum mengasakan Syarikat Amazon.

Kini kekayaanya adalah sebanyak $131 billion menurut perkiraan majalah Forbes.

Mark Zuckerberg

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 3

Mark Zukerberg boleh dikatakan bertuah kerana pekerjaan pertamanya adalah membina aplikasi untuk sebuah syarikat teknologi. Beliau yang pada ketika itu merupakan pelajar dalam bidang sains komputer di Universiti Harvard. Aplikasi yang dicipta itu adalah aplikasi untuk memilih lagu untuk didengar oleh orang ramai.

Aplikasi tersebut bernilai sebanyak $1 juta tetapi Mark Zukerberg tidak mengambil sebarang keuntungan daripada aplikasi yang diciptanya itu kerana dia memberi secara percuma kepada orang ramai untuk menggunakanya.

Sama seperti Facebook yang diberi percuma untuk orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut.

Satya Nadella

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 4

Satya juga bertuah kerana pekerjaan pertamanya adalah sebagai jurutera perisian komputer di Syarikat Microsoft setelah tamat pelajaran di peringkat Universiti. Beliau yang menceritakan pengalaman pertamanya ditemuduga ketika berada di Microsoft pada tahun 1992.

Pada masa itu penemuduga telah bertanyakan soalan yang luar daripada skop kerja. Penemuduga bertanyakan sekiranya dia terlihat bayi yang jatuh ke lantai, apakah tindakan yang dilakukan olehnya pada ketika itu. Satya yang tidak menjangkakan soalan itu akan ditanya oleh penemu duga tersebut.

Beliau menjawab akan menghubungi 911 jika terdapat situasi tersebut berlaku kepadanya. Penemuduga tersebut ingin mengetahui sejauh mana dasar simpati yang ada dalam lubuk hati Satya.

Kini beliau merupakan CEO Syarikat Microsoft dengan pendapatan sebanyak $25 juta setahun.

Elon Musk

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 5

Digelar Iron Man dalam dunia nyata. Seperti Mark Zukerberg, Elon Musk merupakan seseorang yang obses dengan pengatucaraan komputer. Pekerjaan pertamanya mencipta kod bagi permainan video. Beliau telah menjual kod permainan itu dengan harga $500 USD ketika berusia hanya 12 tahun.

Kini beliau merupakan salah seorang bilionaire yang bernilai $20 bilion dan mempunyai dua buah syarikat yang terkenal dalam dunia perkembangan teknologi. Syarikat tersebuat adalah Tesla penerajui kereta elektrik dunia, dan Space X syarikat yang menerajui penerokaan angkasa lepas.

Jack Dorsey

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 6

Pekerjaan pertamanya adalah sebagai seorang model dan kemudian beralih kepada jurutera komputer. Beliau begitu obses dengan syarikat penghantaran ketika di usia remaja. Beliau telah membina aplikasi untuk syarikat penghantaran ketika usianya masih lagi remaja pada tahun 1991 di New York.

Beliau yang merupakan salah seorang pengasas media sosial yang terkenal iiatu Twitter dan kini mempunyai nilai kekayaan sebanyak $5.8 bilion.

Evan Spiegel

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 7

Merupakan pengasas untuk media sosial SnapChat. Beliau dibesarkan dalam keluarga  kelas pertengahan. Beliau yang mendapat pendidikan yang sempurna daripada sekolah persendirian yang terbaik di Santa Monica.

Pekerjaan pertama yang dilakukanya adalah dengan membuat pemasaran bagi jenama minuman popular Red Bull. Beliau yang pada ketika itu masih menjalani praktikal ketika melakukan tugas tersebut.

Beliau yang menjadi popular apabila menolak tawaran  untuk menjual syarikatnya kepada Mark Zukerberg, ketika syarikatnya itu masih belum lagi berada dalam pasaran saham. Mark Zukerberg yang memberi tawaran sebanyak $3 billion untuk memiliki syarikat Snapchat.

Kini kekayaanya adalah sebanyak $3.5 bilion.

Travis Kalanick

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 8

Seorang CEO yang penuh kontroversi di Lembah Silikon. Beliau yang mendapat imej yang buruk kerana pernah bergaduh dengan pemandu Uber ketika menggunakan perkhidmatan tersebut. Beliau yang meletak jawatan dalam pengurusan syarikat tersebut sebelum syarikat yang diasaskanya itu diapungkan di Bursa Saham.

Pekerjaan pertamanya sebelum menjadi CEO Syarikat Uber ialah sebagai seorang jururujual rumah ke rumah untuk pisau lipat jenama Cutco. Pekerjaan ini merupakan pekerjaan yang klasik yang popular di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu sebelum wujudnya era pemasaran digital.

Steve Jobs

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 9

Digelar seorang visionary yang jelas dalam setiap tindakan yang dibuat serta dan mampu memperkenalkan produk yang mampu menjadikan trend semasa dunia. Beliau merupakan pengasas Syarikat Apple dan individu yang bertanggungjawab menyelamatkan Syarikat Apple daripada muflis .

Ketika usia masih lagi remaja, beliau menjadi seorang pengaturcara untuk permainan kepada syarikat terkenal pada masa tersebut iaitu Atari. Beliau membuat program permainan untuk syarikat tersebut.

Walaupun sudah meninggal dunia, legasi yang ditinggalkan oleh Steve Jobs sukar dilupakan terutamanya kepada peminat barangan Apple.

Tim Cook

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 10

Merupakan insan yang berjaya membawa Syarikat Apple ke arah landasan yang betul. Beliau merupakan orang paling kanan dalam syarikat tersebut ketika era Steve Jobs. Kerja pertama yang dilakukanya sebelum memasuki dunia korporat adalah menjual surat khabar di kawasan perumahannya di Alabama.

Beliau telah bekerja untuk syarikat IBM selama 12 tahun sebelum diserap masuk ke dalam Syarikat Apple oleh Steve Jobs. Kini beliau merupakan CEO yang dibayar gaji sebanyak $3 juta setahun di samping bonus syarikat.

Sheryl Sandberg

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 11

Merupakan wanita yang berjaya dan tulang belakang kepada Syarikat Facebook. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengembangkan Facebook bersama dengan Mark Zukerberg ketika era Facebook baru berkembang, dan dia adalah orang yang membawa perubahan tersebut.

Beliau yang sebelum ini bekerja untuk Syarikat Google, kemudiannya menyertai Facebook pada tahun 2008 sebagai Chief Operating Officer. Pekerjaan pertamanya selepas menamatkan pelajaran dari Universiti Harvard ialah di Bank Dunia pada tahun 1991.

Kini beliau merupakan di antara bilionaire wanita di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak $1.7 billion.

Bill Gates

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 12

Merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia perkomputeran. Kerja pertamanya adalah ketika di usia 16 tahun yang mana pada masa itu dia telah membuat satu program untuk syarikat kereta. Beliau juga merupakan seorang yang sangat rajin dan pernah bekerja selama 18 jam sehari ketika usia remajanya.

Beliau yang sanggup membuat perkara yang sukar kerana pada era perkembangan komputer, banyak perkara baru yang perlu try and error.

Kini beliau merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia dengan nilai melebihi $100 bilion. Beliau juga mempunyai yayasan terbesar di dunia yang membantu meningkatkan kehidupan seluruh manusia terutamanya dunia ketiga.

Sergey Brin

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 13

Beliau bekerja sebagai jurutera komputer di sebuah syarikat yang menyediakan kod analisis bagi institut Wolfram. Beliau yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Stanford dan bertemu dengan Larry Page. Mereka berdua merupakan pengasas syarikat carian gergasi yang terbesar di dunia iaitu Google.

Kini beliau merupakan presiden Syarikat Alphabet yang merupakan pemilik syarikat Google. Nilai kekayaan yang dimiliki adalah $51.6 bilion.

Larry Page

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 14

Merupakan pengasas bersama untuk syarikat carian internet yang paling popular iaitu Google. Beliau merupakan anak kepada profesor sains komputer. Tidak hairanlah beliau turut mengikut jejak langkah bapanya dalam sains komputer.

Beliau yang menamatkan pengajian di dalam sains komputer dan bekerja sebagai jurutera di syarikat Advanced Management Systems yang berpengkalan di Washington.

Beliau telah berjumpa dengan Sergey Brin ketika berada di Universiti Stanford. Pada ketika itu, beliau inginkan maklumat berada di hujung jari dalam carian. Idea tersebut telah mencetuskan penubuhan Syarikat Google.

Kini nilai kekayaan yang dimiliki oleh Page adalah sebanyak $52.7 billion.

Sundar Pichai

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 15

Merupakan CEO Google selepas Eric Schmidt meletak jawatan. Kerja pertamanya adalah sebagai jurutera dalam bidang bahan binaan di syarikat Applied Materials.

Beliau yang memasuki Syarikat Google pada tahun 2004 dan menjadi CEO syarikat itu pada tahun 2015. Beliau merupakan CEO yang dibayar gaji yang sangat tinggi di Lembah Silikon.

Beliau juga diberi saham Google sebanyak 275,000 unit dan nilai kekayaanya sekarang adalah berjumlah $650 juta. Beliau juga pernah menjadi buruan Syarikat Microsoft dan Twitter kerana kepakaran yang dimilikinya itu.

Sumber Rujukan: https://www.businessinsider.my/tech-first-jobs-jeff-bezos-mark-zuckerberg-2019-7/?r=US&IR=T

Kerja Pertama Yang Dilakukan Oleh 14 Orang Kaya Dan Terkenal Dunia 16

Komen

komen





Source link