Artikel Terkini

Kesan Buruk Yang Bakal Menimpa Negara Miskin Akibat Wabak Covid-19


Covid-19 ini sangat dahsyat sehingga kebanyakan negara di dunia ini mula menerima kesan yang sangat mendalam. Kuasa besar ekonomi dunia, Amerika Syarikat, China dan juga Eropah turut mengalami nasib yang kurang baik; apabila industri negara tersebut hampir lumpuh sepenuhnya.

Kadar penganguran meningkat dengan begitu mendadak sehingga kerajaan masing-masing terpaksa menyuntik dana bantuan kewangan bagi menghalang negara tersebut daripada terus berada di lembah kehancuran.

Itu keadaan yang berlaku di negara maju, pernahkah kita terfikir apa yang berlaku kepada negara miskin kesan daripada wabak ini?

Jawapannya sudah tentu negara miskin ini menghadapi kesan yang lebih besar jika dibandingkan dengan negara maju. Kebanyakan negara miskin ini tidak mampu untuk menghadapi krisis ini bersendirian kerana mereka serba-serbi kekurangan dalam setiap aspek.

Pada hari yang biasa pun, mereka kekurangan makanan dan keperluan asas yang lain. Bila dilanda musibah, situasi mereka semakin genting. Daripada segi perubatan lagi, rawatan lagi, hospital lagi.

Presiden Bank Dunia iaitu David Malpass telah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap negara miskin ini. Bank Dunia merupakan sebuah institusi yang menyediakan kemudahan kewangan bagi membantu mana-mana negara terutamanya negara dunia ketiga.

Bank Dunia bertindak dengan memberi pinjaman dalam tempoh jangka masa yang panjang bagi membolehkan sesebuah negara itu membangunkan ekonomi mereka.

Kini kebanyakan negara miskin yang telah terjejas teruk akibat wabak ini akan dibantu oleh Bank Dunia bagi bersama-sama menghadapi kemelut ini. Bank Dunia telah memperuntukkan wang sebanyak $1.9 bilion kepada negara miskin.

Bank Dunia juga telah meluluskan bantuan khusus untuk India yang berjumlah $1 bilion bagi mengelakkan negara itu menjadi pusat pandemik yang baru.

Selain itu juga, Bank Dunia telah menyediakan rancangan pembangunan ekonomi untuk negara miskin yang bernilai $160 bilion. Ini bertujuan untuk memulihkan ekonomi mereka yang terjejas teruk terjejas dalam tempoh 15 bulan yang akan datang.

Selain Bank Dunia, satu lagi badan penting yang melibatkan ekonomi dunia adalah IMF (International Monetary Fund). Badan ini merupakan badan yang mengukur tahap perjalanan ekonomi sesebuah negara berdasarkan perdagangan yang dijalankan oleh negara tersebut.

IMF juga memberi pinjaman kepada ahlinya tetapi kebanyakan pinjaman yang diberikannya itu adalah untuk tempoh sederhana berbanding dengan Bank Dunia yang memberi pinjaman long-term.

Badan ini juga telah menerima permohonan daripada negara-negara ahlinya, di mana separuh telah memohon untuk membuat pinjaman kewangan. Ianya bertujuan untuk memulihkan ekonomi mereka yang terjejas teruk terutamanya ahli IMF yang merupakan negara miskin.

Menurut IMF, kemelesetan yang berlaku pada kali ini boleh dibandingkan dengan kemelesatan yang berlaku pada awal tahun 1930-an yang dikenali sebagai The Great Depression. Apa yang membezakan kedua-dua peristiwa ini adalah, pada kali ini, kemelesetan ekonomi berlaku seiring dengan perintah lockdown yang dijalankan oleh kebanyakan negara yang telah menghalang orang ramai untuk bergerak bebas melakukan kerja.

Badan ini menyediakan bantuan kewangan yang berjumlah $1 trilion bagi membantu negara ahlinya.

Daripada peristiwa yang berlaku ini, kita boleh simpulkan bahawa Malaysia masih lagi mampu bertahan ketika banyak negara di dunia ini telah terjejas teruk dalam menghadapi wabak Covid-19 ini.

Sumber Rujukan:



Source link