Artikel Terkini

Khazanah catat untung RM7.36 bilion, tertinggi dalam sejarah


KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad berjaya memulihkan prestasi keseluruhan pada 2019 dengan mencatatkan keuntungan operasi tertinggi dalam sejarahnya.

Menurut Khazanah, prestasi baik ini disumbang hasil pelupusan yang lebih tinggi dan rosot nilai lebih rendah.

Ia turut disumbang pulangan portfolio lebih mantap.

Khazanah mencatatkan keuntungan operasi RM7.36 bilion.

Ini berbanding kerugian operasi lebih RM6 bilion pada 2018.

Dalam masa yang sama, Khazanah mengumumkan dividen RM1.0 bilion untuk 2019.

Kenyataan media Khazanah.

Kenyataan media Khazanah.

Kenyataan media Khazanah.
Khazanah turut kukuhkan kedudukan kewangannya hasil daripada perbelanjaan yang dikurangkan sebanyak 28.2 peratus.

Tambahnya, jumlah hutang telah berjaya dikurangkan sebanyak 17.0 peratus.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Shahril Ridza Ridzuan, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar.

Ini memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan disukarkankan lagi dengan penularan COVID-19.

Tambahnya, biarpun dengan pakej rangsangan ekonomi yang baru diumumkan, Khazanah tetap bersiap sedia untuk menghadapi suatu tempoh kelembapan dalam ekonomi global.

Menurutnya, ia yakin portfolio dan strateginya yang pelbagai berada dalam keadaan kukuh.





Source link

Related Posts