Uncategorized

Khazanah umum pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu



SAYAP pelaburan negara, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu bermula 26 Jun lalu.

Mereka yang dilantik ialah Ketua Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara, To’ Puan Azian Mohd Aziz; Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong, Prof Xiao’ou Tang; dan Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.

Khazanah dalam kenyataannya mengalu-alukan tiga pelantikan ini selain berharap akan terus dapat bekerja rapat dengan lembaga pengarahnya yang dipimpin oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan mandatnya sebagai sayap pelaburan negara.

Pelantikan ini menjadikan jumlah keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah kepada sembilan orang termasuk Dr Mahathir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; bekas pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin; bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia, Dr Sukhdave Singh dan bekas ketua pengarah eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.





Source link

Related Posts