Artikel Terkini

Kini Anda Boleh Memilih Portfolio Emas Di Wahed Invest, Pelaburan ‘Safe Haven’ Apabila Pasaran Tak Menentu


Ramai sebenarnya yang sudah memiliki akaun dengan Wahed
Invest, ada yang melabur secara lump sum;
tak kurang juga yang melabur secara konsisten setiap minggu atau setiap bulan.

Ada 6 portfolio yang pelbagai bergantung kepada tahap
toleransi risiko masing-masing. Wahed menyediakan portfolio Sangat Konservatif
yang banyak melabur ke dalam Sukuk, sehinggalah ke portfolio Sangat Agresif
yang banyak melabur ke dalam Saham Amerika Syarikat.

Hari ini Wahed Invest mengumumkan portfolio ketujuhnya iaitu portfolio
Emas. Mereka mengeluarkan portfolio ini kerana ada di kalangan pelabur yang
mahu diversify dan melabur sebahagian
daripada simpanan mereka ke dalam Emas.

Ianya juga sesuai untuk para pelabur yang percaya kepada prestasi Emas sebagai pelaburan jangka masa panjang, maka boleh menggunakan portfolio ke-7 ini untuk melabur ke dalam Emas.

Bagaimana Portfolio Emas Wahed Invest Dapat Bantu Anda Melabur Ke Dalam Emas?

Dengan
memilih portfolio Emas ini, 97.5% daripada wang pelaburan anda akan dimasukkan
ke dalam Exchange Traded Fund (ETF) Emas yang bernama Tradeplus Shariah Gold
Tracker.

Ianya
merupakan ETF emas patuh syariah yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia (SC) dan dikelolakan oleh Affin Hwang Asset Management Berhad.
Di antara kelebihan ETF emas ini adalah ianya bersandarkan kepada emas fizikal.

Minimum 95% dana di dalam ETF emas ini disimpan di dalam
bentuk emas fizikal yang dibeli daripada saudagar emas yang diakreditasi oleh
London Bullion Market Association (“LBMA”). Jongkong-jongkong emas ini disimpan
secara teratur dan selamat di dalam peti besi di Singapura.

Emas ini memang benar-benar wujud, bukan sekadar di atas
kertas. Apabila harga emas dunia naik, nilai pelaburan kita pun naik sama.

Untuk makluman, pelaburan ke dalam ETF emas ini meningkat
secara mendadak iaitu $23 bilion US Dolar untuk 3 bulan pertama tahun 2020. Ini
membuktikan bahawa para pelabur seluruh dunia yakin dengan ETF emas ini dan
sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan mereka, di kala
pasaran saham dunia sedang mengalami kejatuhan.

ETF emas
ini mempunyai penasihat syariah mereka yang tersendiri iaitu Amanie Advisors,
yang dianggotai beberapa tokoh kewangan Islam terkemuka seperti Datuk Dr Mohd
Daud Bakar, Dr Mohammed Ali Elgari, Dr Muhammad Amin Ali Qattan dan Dr Osama Al
Dereai.

Sebagai
Pengurus Pelaburan Digital Islamik pertama yang diluluskan oleh SC, Wahed
Invest juga mempunyai panel penasihat syariahnya tersendiri yang dianggotai
pakar kewangan Islam seperti Dr Aznan Hasan, Shaikh Muhammad Ahmad Sultan dan
Mufti Faraz Adam Hanif.

Panel-panel penasihat syariah ini akan memastikan bahawa pelaburan anda di dalam portfolio Wahed Invest akan terus mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Prestasi Harga Emas vs Ekonomi Global

Berikut merupakan purata pulangan tahunan dalam USD/oz sehingga 31 Mac 2020:

Sumber: Bloomberg dan World Gold Council

Ini menggambarkan anggaran kadar kenaikan emas bergantung kepada beberapa faktor. Mengikut kajian Oxford Economics, anggaran ini berdasarkan senario di mana kemerosotan pengembangan ekonomi sedunia mempengaruhi kedudukan emas dari faktor bekalan dan permintaan di pasaran emas. Dalam keadaan ini, kadar kenaikan harga emas yang dianggarkan adalah 9.61 % yang dikompoun dalam tempoh 5 tahun.

Sumber: Gold Valuation Framework daripada World Gold Council (dirujuk pada 3 April 2020)

Senang cerita, sama ada ekonomi dunia dalam keadaan baik atau gawat – harga emas tetap steady naik. Malah, harga emas akan meningkat dengan lebih tinggi apabila kegawatan ekonomi berlaku. Ini kerana para pelabur akan mencari pelaburan ‘safe haven’ seperti emas apabila pasaran saham crash.

Cara Nak Mula Melabur Dengan Portfolio Emas Wahed Invest

Pelabur Sedia Ada
Wahed Invest

Bagi yang sudah mula melabur dengan Wahed Invest, anda boleh menukar portfolio sedia ada kepada portfolio Emas dengan 5 langkah mudah berikut:

  1. Buka dan daftar masuk ke akaun Wahed Invest anda.
  2. Tekan butang Menu dan pilih ‘Maklumat Akaun’.
  3. Pilih ‘Akaun Pelaburan Saya’ dan tekan butang ‘Tukar Portfolio Pelaburan Saya’.
  4. Tekan butang ‘Lihat Semua Portfolio’ dan selak ke kanan sehingga Portfolio Emas tertera.
  5. Pada muka Portfolio Emas, tekan ‘Pilih Porfolio Ini’ dan sahkan pilihan anda dengan menekan butang ‘YA’.

*Peringatan*: Peruntukan pelaburan anda akan diubah dalam masa 1-3 hari bekerja. Anda hanya boleh menukar portfolio anda hanya sekali setiap 3 bulan tanpa sebarang caj.

Para pelabur Wahed juga boleh membuka akaun baru khas untuk portfolio emas mengikuti 5 langkah mudah berikut.

Pelabur Baru Wahed
Invest

  1. Muat turun aplikasi terkini Wahed di https://wahedinvest.com
  2. Daftar sebagai pelabur Wahed dengan memasukkan maklumat dan butiran peribadi.
  3. Jawab 9 soalan bagi mengenalpasti tahap toleransi risiko anda. Pada soalan ke-9 – “Adakah anda ingin HANYA melabur dalam emas?” jawab ‘Ya’.
  4. Tekan ‘Pilih Portfolio Ini’ dan teruskan kepada proses pengesahan identiti.
  5. Tambah dana melalui kaedah deposit berkala atau deposit sekali

Apa tunggu lagi – jika anda teringin nak melabur ke dalam portfolio Emas
Wahed Invest, bertindaklah sekarang.

Muat turun aplikasi Wahed Invest di https://wahedinvest.com/get-started/ dan dapatkan bonus permulaan sebanyak RM20 dengan menggunakan kod ‘ezaado1’ sewaktu pendaftaran.



Source link