Artikel Terkini

Kini Terdapat 700 Saham Patuh Syariah Di Bursa Malaysia, Pilih Nak Yang Mana


Kita sebagai orang Islam, memang wajib untuk kita pilih produk patuh Syariah. Kalau dalam pelaburan pula, memang wajib untuk kita melabur ke dalam saham-saham yang patuh Syariah.

Nak tahu bagaimana sesuatu saham itu ditentukan sebagai patuh Syariah atau tidak, boleh baca artikel Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak? Ada 3 peringkat saringan yang perlu dilalui, dan perlu lulus ketiga-tiganya.

Terkini, ada 700 saham patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Kredit Gambar: FB Bursa Malaysia-i

597 saham tersenarai di Papan Utama, 96 saham tersenarai di Papan Ace, dan 7 saham tersenarai di Papan LEAP.

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

77% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah

Mengikut rekod, bilangan pemegang akaun CDS yang beragama Islam semakin meningkat saban tahun. Terkini Setengah Juta Bumiputera Dah Ada Akaun CDS!

Yang lebih bestnya, 77% saham yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah patuh Syariah. Memang rambang mata, tak tahu nak beli saham apa.

Tak Tahu Nak Beli Saham Apa? Memperkenalkan SpeedSaham

Masalah juga bila banyak saham, tak tahu nak beli saham apa ni kan? Maka wujudnya SpeedSaham untuk membantu kita semua.

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web yang menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi bagi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

This image has an empty alt attribute; its file name is Onpay-Prev-Banner-Home-700x350.jpg

Saham Short Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Saham Mid Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Saham Long Term?

Sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana SpeedSaham boleh membantu kita, tak kisah kita seorang pelabur atau pedagang; klik http://bit.ly/LanggananSpeedSaham untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham.

Jumpa anda di sana!

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Komen

komen





Source link