Artikel Terkini

Kisah Ferrero Rocher, Coklat Yang Digemari Ramai


Kita sering disajikan dengan iklan coklat Ferrero Rocher yang melambangkan kualiti premium dan keenakannya. Tapi tahukah kita asal-usul coklat ini?

Kisah Ferrero Rocher Yang Ramai Tak Tahu

Asal usul Ferrero Rocher adalah daripada syarikat Pietro Ferrero iaitu ayah kepada Michele Ferrero yang hidup pada tahun 40-an selepas Perang Dunia ke-2. Pada mulanya, akibat kekurangan koko di Itali pada zaman tersebut, Pietro telah menambahkan kacang hazel ke dalam coklat sehingga terciptalah bebola wafer yang sedap rasanya.

This image has an empty alt attribute; its file name is Kisah-Ferrero-Rocher-Coklat-Mahal-Digemari-Ramai1-700x700.jpg

Untuk memastikan bentuknya bulat yang cantik, Pietro
berlatih selama 5 tahun untuk membuat bentuk wafer tersebut. Itulah dia inovasi
hebat daripada coklat atas desakan keperluan pada zaman tersebut.

Ferrero Rocher diperkenalkan pada tahun 1982 di Eropah dan tidak lama selepas pengeluarannya, ianya terpaksa dihentikan kerana masalah dengan percetakan labelnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is Kisah-Ferrero-Rocher-Coklat-Mahal-Digemari-Ramai2.jpg

Michele Ferrero yang telah menamakan coklat tersebut dengan nama ‘gua’ di gereja Roman Katolik Lourdes, Rocher de Massabielle sebelum ditukar kepada Ferrero Rocher. Rocher berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ‘batu’.

Coklat yang terdiri daripada kacang hazel panggang yang dibungkus di dalam wafer nipis itu dipenuhi dengan coklat susu, hazelnut cincang dan juga coklat hazelnut.

Proses pengeluarannya adalah rahsia dan tidak diketahui umum.

Peningkatan Permintaan Ferrero Rocher

Di dalam tempat memproses coklat ini, telefon pintar, komputer riba dan sebarang alatan rakaman tidak dibenarkan masuk. Pada tahun 2015, beberapa wartawan pernah dijemput untuk melawat ke dalam kilang ini. Pada tahun 2015, sebanyak 24 juta coklat Ferrero Rocher yang dihasilkan setiap hari.

Sebanyak 3.6 bilion Ferrero Rocher dijual setiap tahun di lebih daripada 40 negara. Ini termasuklah negara-negara di Eropah, Amerika, Asia dan juga Afrika. Siapa sangka, hanya dengan menghasilkan coklat, kini ia bertaraf antarabangsa! Yang terkini, mereka mempunyai lebih kurang 33,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Pada tahun 2012, syarikat ini memperolehi keuntungan sekitar £7 bilion, dan naik 8% daripada tahun sebelumnya. Kilang Ferrero Rocher pernah mengalami musibah banjir pada tahun 1994.

Banjir tersebut telah menghancurkan ibu pejabat syarikatnya di Alba, Itali. Tiga minggu selepas itu, perniagaannya dibuka kembali sehingga hari ini.

Ferrero Rocher Terus Berkembang Maju

This image has an empty alt attribute; its file name is Kisah-Ferrero-Rocher-Coklat-Mahal-Digemari-Ramai2.jpg

Pada tahun 2015, dunia telah dikejutkan dengan kematian Michele Ferrero pada usia 89 tahun akibat sakit tua. Syarikatnya kini telah diwarisi oleh anak lelakinya iaitu Giovanni Ferrero.

Sekarang, Ferrero merupakan salah seorang orang terkaya di dunia dengan nilai berjumlah USD23.4 bilion.

Sumber Rujukan:

Iklan


Iklan



Source link