Artikel Terkini

Kisah Kejayaan Pengasas Farm Fresh


Setiap orang mempunyai permulaan yang agak sukar dalam perniagaan sebelum berjaya. Begitulah juga kisah pengasas Farm Fresh ini, ketika beliau mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan pada 10 tahun yang lalu.

Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuh sehingga akhirnya berjaya juga mengecapi kejayaan dan dikenali ramai seperti sekarang.

Latar
Belakang Farm Fresh

Susu Farm Fresh ini dimiliki oleh syarikat The Holstein Milk milik anak jati Malaysia iaitu Loi Tuan Ee. Beliau tinggal di bandar Perak. Farm Fresh dibangunkan kerana melihat banyak produk susu tepung yang dijual di Malaysia.

Farm Fresh dimiliki oleh beberapa pemegang saham atau shareholder yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia operasi syarikat.

Di antranya kita ada Loi sebagai CEO, Azmi Zainal sebagai COO dan Ganesh sebagai CFO. 

Jom kita sama-sama tengok perjalanan awal perniagaan mereka yang tidak semudah yang kita sangkakan.

Permulaan
Syarikat Farm Fresh

Pada mulanya, mereka hanya ada 60 ekor lembu sahaja. Lembu tersebut diimport dari Australia dan bakanya pula dari jenis Holstein. Berdasarkan kajian awal kualiti susu, susu yang dihasilkan oleh Loi tidak selamat diminum dan rasanya agak teruk.

Namun selepas Loi membawa masuk rakannya iaitu Azmi Zainal, Azmi telah membaiki struktur perniagaannya. Dengan adanya Pelan Industri Tenusu Negara yang dibuat oleh kerajaan, ianya sedikit  sebanyak telah membantu Loi.

Selepas itu, susu milik Loi telah dijaga kualitinya dan diperbaharui dengan adanya teknologi pengilangan. Setiap kali penerimaan susu dari ladang, mereka akan menjalankan ujian kualiti susu yang sangat ketat.

Sebab itulah susu Farm Fresh ini amat sedap rasanya.
Sebabnya mereka menggunakan 100% susu asli tanpa bahan pengawet. Jika
dibandingkan dengan jenama lain, Farm Fresh tidak menggunakan langsung susu
yang diimport.

Permulaan
Kejayaan Azmi Zainal, COO Farm Fresh

Menerusi laman facebook Azmi Zainal iaitu Ketua
Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, beliau ada berkongsi kisah yang dialami
beliau. Perkongsian beliau adalah dari kisah peribadi sebagai usahawan yang
memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pernah juga susu Farm Fresh ini stoknya di hantar di seluruh negara menggunakan bas ekspress sahaja. Walaupun sebagai COO Farm Fresh, bebliau sendiri melakukan jualan ke kedai-kedai runcit ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Pada waktu petangnya pula, beliau akan menjual susu di pasar malam dan pasar tani.

Kesusahan yang dihadapi oleh beliau sedikit pun tidak mematahkan semangatnya. Azmi terus berusaha walaupun sering diperlekehkan oleh orang-orang di sekelilingnya. Beliau tetap berusaha siang malam, pagi petang demi mencapai kejayaan perniagaannya.

Menurutnya, melalui pengalamannya yang sukar pada awal
perniagaan, ia membuatkan beliau mengambil peluang untuk menjadi penaja utama
program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ke-6.

Bukan itu sahaja, malahan beliau juga turut melakukan sumbangan untuk penggiat seni yang kurang bernasib baik. Hal ini kerana beliau pernah susah dan takkan lupakan kesusahan serta nasib yang pernah dialaminya dahulu.

Kesimpulannya, walaupun banyak rintangan yang dilalui namun Loi dan Azmi tidak pernah mengalah. Mereka terus berusaha sehinggalah akhirnya berjaya mencipta nama sebagai susu utama di Malaysia. 

Semoga kisah kejayaan pengasas Farm Fresh ini menjadi iktibar buat kita semua.

Sumber RujukanMedia Tular



Source link