Uncategorized

Kisah Musang & Cherry Merah, Iktibarnya Dalam Pelaburan Hartanah

Kisah Musang & Cherry Merah, Iktibarnya Dalam Pelaburan Hartanah 1


Saya bukanlah seorang pencerita yang baik, tapi cerita yang dikongsikan oleh Penulis Mudahnya Beli Rumah ini membuatkan saya ingin bercerita semula kisah iktibar ini kepada kita semua. 

Kisah ini diambil dari Facebook Dr Azizul Azli Ahmad.  Khas untuk anak muda yang ingin memulakan pelaburan hartanah atau anda yang terbuka post ini.

Biarpun musang dikatakan sejenis haiwan mamalia yang tangkas
dan aktif berburu, namun tidak semestinya musang adalah haiwan yang boleh
dijadikan contoh teladan yang baik. 
Kisah musang dan cherry merah ini menunjukkan sikap musang yang harus
kita elakkan.

Kisah Musang Dan
Cherry Merah

Kisah Musang & Cherry Merah, Iktibarnya Dalam Pelaburan Hartanah 2

“Jangan dengar cakap
musang ya”

Nasihat ustazah kepada kami semua.

Pada suatu petang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan
berguguran daun-daun pohon berhampiran musang. Tatkala berjalan sendirian di
dalam hutan, musang terjumpa sebuah pokok cherry merah yang ranum dan cantik
buahnya.

Apa lagi, musang menunggu di bawah pokok cherry dengan
harapan buah cherry akan jatuh berguguran. Lebih mudahlah untuk musang
mengambilnya.  Dia menunggu sepanjang
hari di situ berbanding berusaha mendapatkannya sendiri.

Setelah lama menunggu di situ, dia cuba juga melompat
mendapatkan buah cherry tetapi malangnya kakinya yang pendek tidak sampai untuk
mendapatkannya. 

Musang sekali lagi datang pada esoknya untuk menanti buah
cherry, namun masih tidak berguguran. Sehariannya hampa juga menanti tanpa ada
hasil.  Dia terus berlalu pergi.

Kisah Musang & Cherry Merah, Iktibarnya Dalam Pelaburan Hartanah 3

Buruknya, apabila setiap kali dia terserempak dengan kancil, tapir, babi hutan, badak sumatera dan seladang, dia akan mengatakan bahawa buah cherry tersebut tidak sedap dan berbahaya untuk mengelakkan mereka mengambil buah itu.

“Buah cherry dalam
hutan itu aku tak makan sebab nak bagi yang lain rasa. Lagi pun tak sedap mana
rasanya, jangan makan banyak-banyak, ia jadi pahit dan boleh beracun, ramai dah
yang meninggal sebab makan buah tu.”

Itulah ayat yang digunakan musang
untuk menakutkan haiwan-haiwan lain. 
Motif musang berkata sedemikian adalah kerana dia tidak mahu haiwan lain
mendapatkan buah cherry itu dan dia memburukkan sesuatu perkara kerana tidak
berjaya mendapatkannya.

Kisah Berkait Rapat Dengan
Hartanah

  • Jangan meremehkan sesuatu perkara
    sedangkan kita tidak pakar dan tidak ilmu dalam bidang tersebut.
  • Belajar dahulu dan usahalah dengan
    bersungguh-sungguh sebelum menyatakan sesuatu kesusahan.
  • Permintaan rumah takkan jatuh kerana ia
    adalah keperluan ramai termasuklah untuk generasi akan datang.
  • Beli rumah mengikut kesesuaian dengan
    gaji anda sahaja dan jangan layan pasaran ‘overvalue’.
  • Beli rumah dan pelaburan hartanah adalah
    untuk jangka masa panjang dan untuk anak-anak kita, bukanlah untuk kita kaya
    semata-mata.
  • Mulakan langkah pertam dengan beli rumah
    yang kecil dan sederhana daripada tidak memulakannya. Sewa sahaja tak akan
    memberi keuntungan kepada kita.
  • Kita perlu membuat simpanan dari sekarang
    dan jangan hanya menunggu seperti musang dan akhirnya rugi.

Semoga dapat mengambil iktibar daripada kisah musang dan cherry merah ini. Selamat maju jaya memiliki hartanah pertama dan seterusnya mengikut perancangan anda!

Rajin-rajinlah follow Facebook Dr Azizul Azli Ahmad untuk dapatkan tips-tips lain berkaitan hartanah.

Kisah Musang & Cherry Merah, Iktibarnya Dalam Pelaburan Hartanah 4

Komen

komen





Source link