Artikel Terkini

Kisah Negara Vietnam Dan Emas


Ini adalah kisah benar yang berlaku sekitar 1970-an apabila terjadinya Peperangan Vietnam yang juga dikenali sebagai Second Indochina War.

Rakyat Vietnam telah secara drastik menjual aset dan menukarkannya kepada emas nipis ini yang ringan dan boleh dibawa ke mana-mana dan mudah untuk disorok di dalam baju.

Emas Kim Thanh yang diguna pakai ketika itu

Sehingga ke hari ini, Vietnam masih mengamalkan konsep “Cash & Gold” dalam transaksi seharian mereka? Penggunaan kad kredit kad atau penjualan secara online tidak berapa meluas berbanding negara lain di Asia.

Laporan dari Bloomberg mengesahkan yang rakyat Vietnam lebih memilih emas dan wang tunai untuk membeli aset seperti rumah, kenderaan dan lain-lain. Ada juga yang membeli sebuah kondominium dengan sebahagian daripadanya menggunakan emas.

Sumber: Bloomberg

Fuh, bayangkan kita beli rumah dengan menggunakan emas, lama juga nak simpan emas sebanyak itu. Tetapi di Vietnam, pembayaran menggunakan emas masih diterima kerana hanya 31% daripada rakyat mereka mempunyai akaun bank dan 95% daripada bayaran menggunakan emas dan wang tunai.

Apa Pengajaran Yang Kita Dapat?

Akibat kisah nenek moyang terdahulu yang sangat menghargai emas, kini mereka lebih suka dengan cara yang lama iaitu sistem emas dan wang tunai. Sehinggakan ia menjadi sebati dengan masyarakat dan digunakan dalam kehidupan seharian.

Walaupun kita sekarang telah beralih ke online shopping dan pembayaran tanpa tunai, ianya mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mengubah tabiat dan norma penduduk di sana.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Jangan lupa baca:



Source link