Artikel Terkini

Kisah Pahit Manis Tony Fadell Yang Digelar “Father Of the iPod”


Ramai di kalangan kita yang menggunakan produk Apple dalam kehidupan seharian. Ketika ini, produk Apple yang paling terkenal adalah iPhone.

Saban tahun, produk tersebut menjadi kegilaan kepada peminat mereka sehingga ada peminat yang sanggup menjual buah pinggang mereka untuk mendapatkan produk yang dikeluarkan oleh Apple.

Sebelum Apple terkenal dengan iPhone, produk yang paling laris adalah iPod. Ianya sebuah pemian muzik digital yang sangat terkenal sekitar dua dekad yang lalu.

Pemain muzik ini berjaya menewaskan pemain muzik yang terkenal pada era 1980 dan 90-an yang mana Walkman keluaran Sony menjadi fenomena yang sangat luar biasa pada dekad sebelum kelahiran iPod ini.

Orang yang bertanggunjawab membangunkannya adalah Tony Fadell yang digelar sebagai “Father of the iPod”. Kisah beliau ini sangat menarik kerana sebelum berjaya mencetuskan fenomena iPod ini, beliau menemui pelbagai kegagalan di dalam hidupnya.

Hampir sedekad hidupnya diselubungi kegagalan sebelum kisah kejayaanya bersama dengan syarikat Apple itu berhasil. Beliau dilahirkan dalam keluarga imigran, bapanya berasal dari Lubnan dan ibunya berasal dari Poland.

Selepas menamatkan pengajian di peringkat universiti pada tahun 1991, Tony Fadell bekerja dengan pelbagai syarikat elektronik terkenal dunia seperti Sony, Philips, Matsushita dan Toshiba; yang merupakan kontraktor untuk General Magic.

Pada tahun 1995, beliau menjadi pekerja tetap untuk Philips sebagai ketua di bahagian bahagian telefon bimbit. Pada ketika itu, ianya menggunakan perisian Microsoft yang menggunakan hardware yang dibangunkan oleh Philips.

Setelah berada di syarikat tersebut selama tiga tahun, Tony Fadell mengambil keputusan untuk berhenti dan menubuhkan sebuah syarikat teknologi baru yang dikenali sebagai Fuse Systems.

Syarikat ini merupakan syarikat yang menyediakan peralatan cip untuk komputer Dell, yang merupakan sebuah syarikat yang meningkat naik pada era milenium. Jangka hayat syarikat ini tidak lama kerana beliau tidak mampu meneruskan operasi syarikat tersebut kerana tidak mendapat dana pelaburan luar.

Syarikat start-up yang diasaskanya itu turut ditolak oleh 80 orang venture capitalist untuk melabur ke dalam syarikatnya, sehingga syarikatnya kekurangan dana untuk meneruskan operasi.

Selain itu juga, krisis dot-com bubble yang berlaku kepada pada awal abad ini juga telah menyebabkan ramai orang kurang berminat untuk membuat pelaburan ke dalam syarikat yang berteraskan teknologi.

Ketika syarikat yang diasaskanya itu di ambang kejatuhan, Tony Fadell telah mendapat satu peluang keemasan yang mana Apple akan melancarkan sebuah projek rahsia untuk menghasilkan sebuah pemain MP3. Beliau pada ketika itu telah dilantik oleh Apple sebagai kontraktor luar bagi projek tersebut.

Projek yang dinamakan sebagai P68 Dulcimer dengan beliau menjadi orang yang bertanggungjawab untuk memimpin projek tersebut dan diserap menjadi pekerja tetap Apple.

Akhirnya pada Oktober 2001, iPod pertama berjaya dilancarkan oleh Apple yang telah menjadikan Apple terkenal di seluruh dunia. Beliau terus bersama dengan Apple sehingga tahun 2010 dan merupakan orang yang penting dalam pembangunan iPhone.

Setelah keluar dari Apple, Tony Fadell telah menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Nest Hardware yang kemudiannya telah dibeli oleh Google. Beliau kini merupakan venture capitalist yang aktif dalam pelaburan syarikat start-up di Lembah Silikon.

Sumber Rujukan:



Source link