Uncategorized

Kisah Pegawai Kerajaan Yang Berdendam Dengan Market FCPO

Kisah Pegawai Kerajaan Yang Berdendam Dengan Market FCPO 1


Saiful (bukan nama sebenar)
adalah seorang kakitangan awam PTD Gred M44 di Putrajaya. Di bahagian tempat
beliau bertugas, terdapat seramai 14 kakitangan yang diselia di bawah beliau.
Pendek kata, beliau adalah seorang “Little Napoleon”.

Walaupun masih muda, namun
beliau mempunyai kuasa untuk membuat penilaian prestasi yang akan memberikan
kesan terhadap pergerakan gaji pekerja-pekerja dibawah seliaan beliau. Di kaca
mata kakitangannya, beliau adalah seorang yang dinamik, mempunyai pengetahuan
yang luas serta petah berdebat. Beliau adalah “Mr Know It All” di pejabatnya.

Untuk menambah pendapatan, beliau telah mengkaji beberapa instrumen kewangan termasuk pelaburan hartanah (passive income) serta pelaburan emas. Namun disebabkan nature of business beliau yang lebih kepada office environment, beliau tidak merasakan kedua-dua instrumen tersebut sesuai dengan jiwa beliau sehinggalah beliau terjumpa dengan cabang pelaburan portfolio, Pasar Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit atau Futures Crude Palm Oil (FCPO).

Seperti menunggu buah yang
telah jatuh, beliau tertarik dengan FCPO disebabkan nature of business yang
tidak perlu berhadapan dengan orang ramai serta membuat selling, tidak perlu
keluar pejabat malah hanya perlu memerhatikan chart sahaja sepanjang hari.

Bagi beliau hal tersebut
adalah enteng, sementelahan pula pelbagai bacaan serta pembelajaran yang beliau
dapati melalui internet boleh difahami dengan mudah. Malah beliau berbangga
kerana semua material tersebut beliau berjaya perolehi secara percuma.

Apabila melihat
posting-posting di facebook tentang pendapatan yang diperolehi oleh trader
FCPO, beliau yakin mampu mendapat pulangan yang lebih baik. “Takkanlah aku
yang terlibat dengan dasar kewangan negara, setiausaha jawatankuasa aplikasi
dasar fiskal tak boleh buat duit…sia-sialah aku jadi pegawai..”..getus
Saful sendirian di bilik pejabatnya.

Setelah yakin dengan ilmu di
dada, beliau telah membuka 1 lot akaun dan mahu trade dengan seberapa segera,
kerana khuatir akan terlepas peluang untuk membuat duit.

Hari pertama trade ialah hari
Selasa, 9 Oktober 2012 memandangkan ketua jabatan beliau tiada dan tiada
perkara urgent yang perlu diselesaikan pada hari tersebut.

Setelah membuat trade yang
pertama, Buy to Open dan Sell to Close, Saiful berjaya mendapat 12 ticks. 12 X
RM25 = RM300 dalam masa 10 minit. “Ala..senangnya…camnie pun nak
kecoh….aku boleh buat RM1K sehari ne..”

Cubaan kedua beliau, Sell to
Open dan Buy to Close…sell pada 2340, tiada Stop Loss sebab beliau yakin dan
tak mahu menerima loss…Anggaran Take Profit ialah sekitar 2320..untuk Buy
Back. Harga mulai turun sehingga 2334, tapi beliau tak close position lagi
sebab belum capai TP. Masa menunjukkan pukul 12.26 tengahari. Beliau yakin
harga akan terus bergerak ke arah TP beliau sebelum market close pada pukul
12.30 tengahari.

Market stalled, sehinggalah
pukul 12.29 tengahari, tiba-tiba price melonjak ke 2348…! “Alamak..!
Kalau aku close kang lost plak RM200..! Tadi dah untung…this is
stupid..”

Jadi beliau membiarkan sahaja
open position, sehingga sesi petang. Apa yang beliau tidak tahu ialah berkenaan
market behavior FCPO, yang cenderung follow external market seperti Soybean
Oil. Price mungkin akan membuat gap apabila opening sesi petang nanti…

Semasa lunch beliau begitu
bad mood sehinggakan tak mahu bercakap dengan sesiapapun. Apabilla market open
sahaja, beliau yakin market akan turun kembali disebabkan terdapat breakout,
tanpa beliau menyedari itu adalah False Breakout kerana price tidak melepasi
Resistance Level. Beliau tidak menyedari bahawa market telah membuat False
Signal untuk memerangkap novice trader seperti beliau.

Sebaik sahaja market dibuka,
market telah membuat new Higher High dan Higher Low, iaitu confirmation trend
akan berubah dari downtrend ke uptrend. Tapi beliau masih berharap price akan
jatuh semula kerana terdapat pula double top. Tanpa beliau sedari, level
pullback diantara double top sehingga price semasa sudah mencapai 50%, yang
mana price akan kembali bergerak naik disebabkan level tersebut tidak pula
melepasi previous low…disebabkan tiada Stop Loss, tiada Risk Management yang
betul, beliau telah kerugian hampir RM1200 dalam masa satu hari..

Saiful menjadi semakin
geram….emosi terganggu..beliau berdendam dengan market FCPO…kerana beliau
tidak sanggup menerima hakikat beliau telah ditewaskan..! Bagaimana seorang
yang berkedudukan tinggi, berpelajaran seperti beliau boleh loss sedangkan pada
masa yang sama ada aje trader yang update keuntungan di FB.

Saiful masih yakin dengan
analisis serta setup beliau…segala jenis indikator yang beliau percaya
seperti MACD, Stochastic Slow, RSI, EMA dan SAR beliau gunakan…malah beliau
telah mengkaji beberapa bulan melalui youtube akan penggunaan indikator-indikator
tersebut…semuanya nampak senang dan mudah difahami. Malah beliau telah
beberapa bulan membuat back test ke atas chart FCPO sebelum memulakan real
trade..segalanya mengikut plan…kenapa masih loss…??!

Hari-hari mendatang beliau
trade dengan penuh kebencian…dendam kesumat untuk mendapatkan kembali
sejumlah wang yang telah loss. Malah Saiful telah mengambil cuti selama 5 hari
semata-mata untuk trade full time. Saban malam beliau mengkaji pergerakan chart
sebelumnya..membuat jangkaan serta trading plan..sebagaimana yang beliau
pelajari melalui internet serta buku-buku berkaitan trading. Kali ne tiada
mistake yang patut berlaku..namun setiap kali click Buy atau Sell…tiap kali
itulah harga akan reverse…Stop Loss..? Beliau pasti harga akan kembali ke
paras asal..jadi beliau hanya membiarkan pergerakan harga serta memerhatikan
pergerakan chart tanpa berkelip mata….

Rupanya-rupanya
belajar memang senang untuk master…tapi praktikal belum tentu…pada hari
ke-4 beliau terpaksa berhenti trade kerana telah mendapat Margin
Call….”takpe-takpe..I shall come backk…! and I’ll wipe out all trhe
money in the market…!..” Saiful masih tidak berpuas hati…apa yang
missing sebenarnya..? Market behaviour…macam mana untuk mengenalpasti false
breakout..? Macam mana nak elakkan menjadi trapped trader..? Bilakah timing
market akan kuat momentum….? Beliau masih mencari dan mencari….dengan kos
pembelajaran yang murah tetapi tuition fee yang sangat mahal….

Apa
yang berlaku dalam situasi di atas berkait rapat dengan aspek psikologi seorang
trader. Semasa trading anda
memerlukan EQ yang tinggi berbanding IQ. Tetapi semasa membuat trading plan, anda perlu mempunyai IQ
yang tinggi berbanding EQ. Oleh itu, plan
your trade
dan trade your plan adalah dua (2) perkara berbeza.
Semasa trading, anda menggunakan 70%
EQ dan 30% sahaja IQ. Oleh itu, EQ management
adalah faktor penentu kejayaan semasa anda trade your plan.

Intellectual Quotient adalah skor yang digunakan untuk mengukur tahap keintelektualan seseorang menggunakan pelbagai ujian yang di ilhamkan oleh ahli psikologi, William Stern.

Emotional Quotient pula bermaksud kebolehan untuk mengenalpasti, akses dan mengawal emosi sendiri. EQ mempunyai kaitan dengan kebijaksanaan tradisi serta personaliti.

Selain itu, apa yang Shaiful kena mahirkan untuk survive dalam trading the markets ialah 4 aspek penting ini:

1. HWP – High Winning Probability
– Kemungkinan Kemenangan Yang Tinggi

2. MRE – Minimum Risk Entry
– Kemasukan Risiko Rendah

3. OPM – Optimum Profit Management
– Pengurusan Keuntungan Optimum

4. TET – Trading Entry Tactical
– Taktikal Memasuki Dagangan

Aspek-aspek ini akan dikupas dalam penulisan lain nanti kerana ia adalah subjek yang khusus dan penting.

This image has an empty alt attribute; its file name is efcs-julai-2019.jpg

Rebut peluang untuk belajar sendiri dengan Tuan Mohd Azuri Zukainain aka Tuan Penjejakx, sesuai untuk newbies/beginner/zero-knowledge belajar secara hands-on. Sasaran utama bengkel ini ialah melahirkan pedagang dari Zero to Hero! Klik sini untuk mendaftar.

Ditulis Oleh:
Mohd Azuri Zukainain aka Tuan Penjejakx,
Fulltime Trader, Coach, Author
Capital Markets Services Representative License (CMSRL)
Maybank Investment Bank (MIB),
Certified Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad.
013.306.5104

Kisah Pegawai Kerajaan Yang Berdendam Dengan Market FCPO 2

Komen

komen





Source link