Artikel Terkini

Kisah Wanita Terkaya Yang Menerajui Syarikat Kosmetik Terbesar Dunia


Industri kosmetik merupakan industri yang sangat luas pasarannya dan dijangka berkembang sehingga bernilai sebanyak $429.8 bilion pada tahun 2022.

Lihat sahaja kebanyakan jutawan segera yang lahir di Malaysia ini berasal dari industri kosmetik walaupun kadang kala produk kosmetik yang dihasilkan di Malasyia ini amat berbahaya atau lebih dikenali sebagai kosmetik timbang kilo, tetapi ramai orang masih menggunakanya kerana ingin kelihatan cantik.

Pengiklanan melalui media sosial merupakan salah satu faktor mengapa industri kosmetik ini berkembang dengan begitu pesat di Malaysia.

Jadi tidak hairanlah wanita terkaya di dunia buat masa ini berasal dari perniagaan kosmetik. Beliau adalah merupakan cucu kepada pengasas syarikat kosmetik terkenal dunia iaitu L’Oréal.

Françoise Bettencourt Meyers merupakan anak tunggal dari pasangan Liliane Bettencourt dan André Bettencourt. Kekayaan yang dimiliki oleh Françoise adalah diwarisi oleh ibunya iatu Liliane Bettencourt.

Asal-Usul Françoise Bettencourt

This image has an empty alt attribute; its file name is Kisah-Wanita-Terkaya-Dunia-Yang-Menerajui-Syarikat-Kosmetik-Terbesar-Dunia2-700x524.jpg

Françoise dilahirkan di Neuilly-sur-Seine, France pada tahun 1953. Bapanya merupakan ahli politik berhaluan kiri dan pernah dikaitkan dengan Parti Nazi di Jerman yang merupakan anti-semitik iaitu sifat benci akan bangsa Yahudi dan begitu juga dengan datuknya.

Ironininya, Françoise telah berkahwin dengan Jean-Pierre Meyers seorang bangsa Yahudi dan mempunyai dua orang anak lelaki yang dibesarkan mengikut adat orang Yahudi.

Semasa kecil, Françoise merupakan seorang remaja yang tidak suka bersosial dan hidup dalam penuh glemer; tidak seperti kedua ibubapanya yang merupakan orang kenamaan di Perancis. Beliau lebih suka menyendiri dan bermain piano serta menulis novel.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menghasilkan beberapa buah novel yang dipasarkan di Perancis. Hubungan dengan ibunya juga agak dingin disebabkan gaya hidup yang dimiliki oleh dirinya adalah tidak sama seperti ibunya.

Beliau yang mewarisi harta dari ibunya kemudian telah menarik perhatian media di Perancis dan dunia, kerana mereka dari keluarga yang ternama dan bilionaire di Perancis.

“Bettencourt Affair”

Peristiwa itu dinamakan dengan peristiwa “Bettencourt Affair”. Peristiwa itu bermula apabila Françoise telah menyaman kawan baik ibunya bernama François-Marie Banier yang merupakan seorang jurukamera yang terkenal di Perancis pada era 1980-an. Banier merupakan sahabat baik ibunya yang berkawan sejak tahun 1987.

Françoise telah menuduh Banier mengambil kesempatan di atas keadaan ibunya yang mengalami penyakit Alzheimer terhadap kekayaan yang dimiliki oleh ibunya.

Ini kerana sepanjang perkenalan mereka berdua, Liliane Bettencourt telah memberi sejumah wang yang sangat bersar kepada Banier termasuklah lukisan, rumah agam serta polisi insurans yang berjumlah sebanyak $1.4 bilion.

Françoise yang membawa kes ini ke Makhmah Persekutuan Perancis dan beliau mendakwa ibunya telah mengidap penyakit Alzheimer yang mana harta yang diberikan oleh ibunya kepada Banier adalah tidak sah. Harta ini dipercayai diberi dari tahun 2006 sehinngga 2009.

Kes ini telah menarik perhatian warga Perancis. Ada di antara mereka yang membuat spekulasi bahawa Banier merupakan lelaki simpanan yang dimiliki oleh Liliane Bettencourt .Walaubagaimanapun, Banier menafikan semua itu dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay.

Harta pemberian Liliane Bettencourt kepada dirinya itu adalah hasil dari hubungan persahabatan sepanjang 20 tahun perkenalan mereka. Liliane Bettencourt yang kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh anak perempuanya itu terhadap sahabat baiknya itu, telah menjadikan hubungan mereka semakin dingin.

Kes ini telah menjadi buah mulut rakyat Perancis dan telah dibukukan di dalam sebuah novel yang bertajuk “The Bettencourt Affair”. Kes ini kemudian digugurkan pada tahun 2010.

Sepandai-Pandai Tupai Melompat

Walaubagaimanapun, pihak pendakwa raya telah meneruskan sisatan terhadap kes ini dan Banier telah didapati bersalah oleh makahmah Perancis di atas tuduhan mengambil kesempatan. Banier didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun.

Pada tahun 2011, Mahkamah Perancis telah meluluskan bahawa semua harta yang dimiliki oleh Liliane Bettencourt akan diserahkan kepada Françoise. Ini kerana Liliane Bettencourt telah disahkan mempunyai penyakit Alzheimer.

Penyakit yang menyerangnya itu menyebabkan beliau lupa akan nama anak tunggalnya itu. Beliau telah dijaga dengan rapi di dalam rumah mewah miliknya, sehinggalah kematiannya pada tahun 2017.

Semua harta yang diwarisi oleh Liliane Bettencourt telah berpindah milik secara rasmi kepada anak tunggalnya itu, Françoise. Keluarganya yang memiliki sebanyak 33% saham di dalam Syarikat L’Oréal telah menjadikannya pemegang saham terbesar syarikat tersebut.

Dengan kekayaan yang dimiliki olehnya sebanyak $53 bilion, ianya telah menjadikan Françoise wanita terkaya di dunia. Walaupun terpaksa berhadapan dengan ibunya sendiri, beliau akur bahawa itulah jalan yang terbaik baginya untuk menyelamatkan perniagaan milik keluarganya.

Sumber Rujukan: https://www.businessinsider.my/loreal-heiress-francoise-bettencourt-meyers-richest-woman-in-the-world-2020-1/



Source link