Uncategorized

Konsep Mudah Faham Berkenaan Saham Dan Bursa Malaysia

Konsep Mudah Faham Berkenaan Saham Dan Bursa Malaysia 1


Anda baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan saham? Jom kita dengarkan penjelasan Tuan Azmi Mohd Amin, seorang remisier dengan Maybank Investment Bank.

Masih ada sebilangan besar golongan yang masih tidak jelas mengenai pasaran saham. Ada yang bekerja dengan syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pun, cuma tahu bahawa mereka boleh menjual saham apabila saham itu dimasukkan ke dalam akaun CDS sekiranya syarikat memberikan saham kepada pekerja.

Ini adalah penerangan secara
ringkas kepada mereka yang masih tidak faham mengenai konsep saham dan Bursa
Malaysia
.

Pasaran saham adalah tempat di mana saham syarikat dibeli dan dijual. Ia memberikan syarikat akses untuk mendapatkan modal perniagaan dan memberikan pelabur peluang untuk memiliki saham syarikat dan menikmati keuntungan daripada prestasi syarikat di masa hadapan.

Konsep Mudah Faham Berkenaan Saham Dan Bursa Malaysia 2

Anda hanya boleh membeli saham menerusi pasaran saham seperti Bursa Malaysia, di mana saham dibeli dan dijual mengikut peraturan dan garis panduan yang ketat. Ada lebih daripada 900 buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan pelaburan kepada pelabur tempatan dan global.

Syarikat tersenarai sama ada dalam pasaran Main Market, ACE Market atau pun LEAP Market. Nak tahu apa perbezaannya, boleh rujuk Papan Utama, Papan Ace & LEAP di Bursa Malaysia.

Pasaran saham dicipta oleh syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan modal untuk perniagaan mereka. Semua syarikat memerlukan modal bagi mencari peluang mengembangkan perniagaan.  Kebanyakan syarikat yang baru memulakan perniagaan selalunya susah untuk mencari modal. Salah satu cara untuk mendapatkan modal ini adalah dengan mengapungkan syarikat mereka di pasaran saham.

Konsep Mudah Faham Berkenaan Saham Dan Bursa Malaysia 3

Ini melibatkan proses menjual sebahagian saham syarikat kepada pelabur individu dan pelabur institusi yang mana mereka bebas berdagang saham syarikat di pasaran terbuka. Untuk membeli saham syarikat yang baru tersenarai ini mesti melalui IPO atau Initial Public Offering. Boleh rujuk Jom Berkenalan Dengan IPO untuk tahu lebih lanjut.

Apabila IPO dikeluarkan,
anda boleh dapatkan salinan prospektus dan menghantar permohonan
saham yang lengkap. Ada 3 saluran untuk mendapatkan IPO iaitu saluran
pelabur terpilih, saluran MITI dan saluran awam. Atau pun anda boleh
juga membeli saham tersebut di pasaran terbuka apabila ia diapungkan dalam
Bursa Malaysia. Anda juga boleh mendapatkan maklumat IPO daripada broker
saham anda.

Syarikat yang dah tersenarai dalam
Bursa Malaysia pun masih boleh mendapatkan modal tambahan dengan
menawarkan pelabur mereka peluang untuk menambah pegangan saham dalam
syarikat
. Sebagai contoh, syarikat tersebut boleh menawarkan 1 saham
tambahan pada harga RM0.20 untuk setiap 5 saham yang pelabur miliki.

Apabila anda membeli saham syarikat, anda juga adalah merupakan sebahagian pemilik syarikat. Jadi bagi mereka yang bekerja dalam syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia dan mendapat saham syarikat, mereka bukan sahaja pekerja malah sebahagian pemilik syarikat tersebut.

Apabila syarikat menjana keuntungan, selalunya pelabur akan dapat berkongsi keuntungan tersebut dalam bentuk dividen. Kalau nak tahu besar ke kecil nilai syarikat, kita perlu darabkan jumlah saham yang dikeluarkan dengan harga pasaran.

Konsep Mudah Faham Berkenaan Saham Dan Bursa Malaysia 4

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari ilmu IPO, boleh sertai Kelas Radar Saham di mana saya akan bongkarkan rahsia memohon IPO pada 3 saluran tersebut. Pada bulan Julai, saya bakal mengembara ke Kuantan pada 27 Julai 2019. Kelas di Dataran Maybank pula dijalankan seperti biasa pada 20 Julai 2019.

Hubungi saya segera di 0164469288! Pengambilan adalah terhad. Boleh singgah di FB Azmi Mohd Amin Stockbroker untuk maklumat lanjut.

Konsep Mudah Faham Berkenaan Saham Dan Bursa Malaysia 5

Komen

komen





Source link