Uncategorized

Kulat Pada Siling Dan Dinding Punca Batuk Dan Selsema

Kulat Pada Siling Dan Dinding Punca Batuk Dan Selsema 1


Perasan tak pada siling atau dinding pejabat ada tompokkan hitam berdebu yang melekat? Mneurut Public Health Malaysia, Kulat tersebut mengundang ancaman kepada kesihatan sepertyi batuk dan selsema.

Kulat pada dinding dan siling rumah terhasil di sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah di sebabkan oleh persekitaran yang lembap. Disamping itu juga, jika terdapat kebocoran paip atau saliran ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.Kulat Pada Siling Dan Dinding Punca Batuk Dan Selsema 2

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.Kulat Pada Siling Dan Dinding Punca Batuk Dan Selsema 3

Bolehkah kulat ini di cegah?

1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah

3. Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

4. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

5. Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Sumber: Public Health Malaysia

Komen anda





Source link