Uncategorized

KWSP harapkan penyelesaian wajar babitkan PLUS



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum mengenai pengumuman kerajaan mengenai PLUS Malaysia Bhd (PLUS) pada pembentangan Belanjawan 2020 selain keputusan mengurangkan caj tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya kendalian PLUS.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata KWSP akan membincangkan perkara itu dengan kerajaan dan Khazanah Nasional Bhd secepat mungkin bagi memastikan kepentingan ahlinya dilindungi.

“Kami gembira perkara yang berlanjutan ini akan selesai secara wajar dan memuaskan dengan mengambil kira kebimbangan kami dan mengiktiraf nilai sebenar aset ini.

“Kami juga mahu memberi jaminan kepada ahli-ahli kami bahawa KWSP tidak akan melepaskan PLUS untuk sebarang tawaran yang lebih rendah daripada nilai saksama.

“PLUS telah memberi sumbangan besar kepada KWSP melalui pulangan kewangan serta faedah sosial dalam bentuk lebuh raya yang selamat dan selesa untuk kalangan ahli dan rakyat Malaysia secara amnya,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts