Artikel Terkini

KWSP sambung semula perkhidmatan mulai esok – Tengku Zafrul



KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatannya di cawangan tertentu bermula Rabu untuk memudahkan urusan ahli-ahli yang memerlukannya, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, temu janji  boleh dibuat melalui melalui laman web www.kwsp.gov.my bermula hari ini, 5 Mei.

Sementara itu mengenai program i-Lestari KWSP, sehingga 3 Mei, 2020, lebih 3.5 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion telah diluluskan.

“Bayaran yang diluluskan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula semalam, 4 Mei sehingga 18 Mei, 2020,” katanya semasa membentangkan Laporan Laksana Keempat Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pada Selasa. 

Tengku Zafrul berkata,  sehingga hujung April, pengurangan caruman pekerja daripada 11 peratus kepada 7 peratus yang diterima oleh ahli KWSP dianggarkan sebanyak RM977 juta sebulan./

“Adalah diharap jumlah ini dapat sedikit sebanyak membantu aliran tunai buat ahli-ahli KWSP yang memerlukan,” katanya.





Source link

Related Posts