Uncategorized

Lahir Di Dalam Keluarga Yang Miskin, Akhirnya Menjadi Wanita Terkaya Dunia – Zhou Qunfei


Beliau yang bernama Zhou Qunfei (周群飞), dilahir kan pada tahun 1970 di Xiangxiang, salah satu daerah di Hunan, China. Merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik, beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin.

Bapanya adalah seorang bekas tentera yang menjadi buta dan kehilangan jari semasa kemalangan ketika berkerja pada tahun 1960. Namun, bapanya masih dapat menyara keluarga mereka dengan membuat kraftangan seperti bakul yang diperbuat daripada bambu dan sebagainya.

Ibunya pula meninggal dunia ketika beliau berumur 5 tahun.

Kesusahan Menghimpit Kehidupan

Itu semua membakar semangat Zhou Qunfei untuk membantu keluarganya dengan menternak haiwan untuk dijual bagi mendapatkan wang. Di antara binatang ternakan yang beliau ternak adalah itik, ayam, khinzir dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, beliau merupakan satu-satunya anak di dalam keluarga yang diletakkan yang harapan tinggi, kerana beliau menyambung pelajaran ke sekolah menengah berbanding adik-beradiknya yang lain.

Namun ianya tidak bertahan lama kerana semasa umur 16 tahun beliau terpaksa berhenti sekolah disebabkan tekanan hidup, kemudian berpindah ke rumah pakciknya di Shenzhen.

Di Shenzhen, beliau sengaja memilih untuk bekerja di syarikat yang berhampiran dengan Universiti Shenzhen, kerana  keinginannya untuk mengambil kursus sambilan di universiti tersebut. Beliau telah lulus peperiksaan dalam bidang perakaunan, operasi komputer, dan sebagainya.

Namun sedikit penyesalan beliau ialah tidak mempelajari bahasa Inggeris di usia muda.

Seorang Yang Kuat Bekerja

Pada asalnya Zhou Qunfei mengimpikan untuk menjadi seorang pereka fesyen. Kemudiannya beliau bekerja di Shenzhen, sebuah kilang membuat kaca cermin untuk jam.

Beliau sentiasa bekerja 16 ke 18 jam sehari disebabkan keinginannya untuk membuka syarikat perniagaan sendiri satu hari nanti. Ibarat kata-kata beliau “I choose to be in business and I don’t regret it”

Tahun 1993 ketika berumur 22 tahun, beliau telah berjaya membuka syarikat perniagaannya sendiri yang fokus dalam pembuatan Lens Technology. Dengan berbekalkan modal sebanyak $3,000 USD dan sedikit bantuan wang daripada saudara-mara, beliau tidak memandang ke belakang lagi.

Anda masih ingat model telefon Motorola V3? 10 tahun selepas Zhou Qunfei menjalankan perniagaannya, beliau telah diberi peluang untuk membekalkan kaca skrin bagi model ini. Sememangnya kejayaan beliau dengan bekerjasama dengan syarikat Motorola telah membuka ruang untuk beliau bekerjasama pula dengan syarikat Apple menerusi model iPhone pada tahun 2007.

Maju, Maju Dan Terus Maju

Tidak berhenti di situ, beliau kemudiannya meneruskan kerjasama dengan syarikat gergasi dari Korea Selatan pula, iaitu dengan dengan membekalkan kaca skrin telefon Samsung Galaxy.

Pada tahun 2016, kesemua kilang di bawah beliau telah memberi peluang pekerjaan kepada 75,000 pekerja dan mengeluarkan lebih daripada 1 bilion skrin kaca kepada pelbagai jenama telefon.

Hasilnya, semasa Zhou Qunfei berumur 46 tahun beliau telah diiktiraf sebagai wanita terkaya di dunia berkat kerja keras selama 20 tahun dalam bidang perniagaan kaca cermin skrin telefon.

Komen

komen





Source link