Uncategorized

Lelaki ini hanya bayar RM15K+ untuk hutang RM20K+. Ini caranya


Baru-baru ni Tok ada terbaca satu posting pasal ada mamat ni buat pengakuan terbuka yang dia ada hutang yang banyak dan dia rasa lagi baik dia tak ada kat dunia ni. Sedih pula Tok baca.

Dalam report statistik kes kebankrapan 2018 dari Jabatan Insolvensi Malaysia, antara kategori kes yang banyak orang berhutang adalah pinjaman peribadi, sewabeli kenderaan, pinjaman perumahan dan hutang kad kredit (sumber : Klik sini )

Bila berhutang yang banyak ni, memang kita akan rasa stress dan down sampai kadang-kadang akan effect orang sekeliling kita juga. Kita tak nampak jalan keluar dari jerat hutang dah.

Tapi, sebenarnya ada je jalan keluar. Serius Tok tak gebang.

Untuk pengetahuan korang, pada 6 Oktober 2019 lepas, FAR Academy ada anjurkan satu sesi sharing macam mana orang yang berhutang 7 angka boleh selesaikan hutang mereka.

Tok belajar banyak perkara daripada mereka. Antaranya adalah macam mana teknik yang mereka gunakan sampai boleh keluar dari penjara hutang 7 angka.

Salah satu teknik power yang Tok belajar dan nak kongsikan dengan korang adalah

 

Teknik #1 Balance transfer

Bahasa mudahnya balance transfer ni perlukan korang untuk pindahkan baki ke kad yang baru supaya korang dapat interest rate yang lagi rendah.

Katakan korang ada hutang kad kredit RM30,000 dengan interest rate 18% setahun. Korang boleh survey program balance transfer. Ada banyak pilihan yang tak kenakan caj untuk balance transfer.

 

Macam mana nak tahu yang mana satu yang sesuai dengan korang?

  1. Had kad kredit tinggi untuk tampung hutang yang sedia ada.
  2. Interest rate lagi rendah dari interest rate yang sedia ada.

 

4 aspek yang korang boleh check sebelum memilih program balance transfer

  1. Interest rate tahunan / bulanan
  2. Up-front handling fee
  3. Annual fee
  4. Early termination fee

 

Macam mana cara nak mohon balance transfer?

Isi form yang disediakan oleh bank yang korang nak mohon program balance transfer.

 

Kenapa balance transfer ni boleh bantu korang dari terus terjerat dengan hutang kad kredit?

Contoh situasi:

Aiman ada hutang kad kredit tertunggak RM15,000 dengan interest rate 18% setahun. Dia bayar ansuran hutang kad kredit dengan jumlah bayaran minimum (5% dari baki hutang) iaitu RM750.

Aiman akan mengambil masa 100 bulan (8 tahun 4 bulan) untuk langsaikan semua hutang.

Jumlah interest : RM6,198

Jumlah keseluruhan : RM21,198

Kemudian, dia buat balance transfer ke syarikat kad kredit B dengan syarat – syarat berikut :

1) Upfront fee 3% dikenakan ketika pendaftaran balance transfer dan dicampur dengan baki hutang kredit kad. Jumlah upfront fee adalah sebanyak RM 450.

Baki hutang yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 15,450.

Pengeluar kad kredit bagi tawaran sekiranya kesemua baki hutang dilangsaikan dalam masa 12 bulan, tiada kadar faedah akan dikenakan.

Untuk 12 bulan pertama, ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

RM 15,450/12 bulan = RM 1,287.50

Secara kesimpulan, hutang keseluruhan Aiman dengan syarikat kad kredit baru adalah sebanyak RM 15,450 ringgit dan ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 1,287.50

Aiman telah jimat:
RM 21,198 – RM 15,450 = RM 5,748

Teknik ni ada pro dan cons yang tersendiri. Korang kena tengok dan buat research dulu yang mana satu sesuai dengan keadaan korang. Penting untuk korang tahu situasi kewangan korang sebelum pilih sesuatu.

Jangan takut dengan hutang sebab pasti ada jalan keluar untuk segala masalah tu.

Tok doakan korang yang ada masalah hutang banyak ni dah nampak serba sedikit jalan keluar. Sila SHARE ilmu ni kat orang terdekat korang. Mana tahu mereka pun tengah mencari solusi hutang juga.

 

Ps : Agak-agak kalau ada lagi sesi sharing Penjara Hutang ni, korang berminat nak datang?



Source link