Uncategorized

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019)

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019) 1


Saham Asia dibuka lebih rendah pada permulaan dagangan minggu ini di mana jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah Federal Reserve (Fed) yang lebih agresif kian pudar.

Pasaran saham global menokok secara sederhana pada Isnin minggu lalu (15 Julai 2019) selepas komen dovish oleh Presiden Fed New York, John Willliams. Beliau merupakan salah seorang ahli Fed yang penting, dan juga pengundi tetap dalam penetapan dasar bank pusat Amerika Syarikat sekaligus melonjakkan lagi jangkaan pemotongan kadar faedah selepas ucapan beliau.

Walaubagaimanapun, pasaran Wall Street meleset pada hari
Jumaat (19 Julai 2019) apabila Wall
Street Journal
melaporkan Fed berpotensi besar untuk hanya menurunkan kadar
Fed Fund Rate sebanyak 25 mata asas
sahaja berbanding jangkaan 50 mata asas sebelum ini.

Mesyuarat Bank Pusat Eropah (European Central Bank) akan menjadi perhatian utama pasaran global
pada minggu ini di mana pemain pasaran menjangka Presiden Draghi berkemungkinan
mengambil jalan untuk menyokong ekonomi Zon-Eropah dengan meloggarkan dasar.

Minggu ini juga akan memberikan kita perkembangan
terbaru ekonomi global dengan beberapa data yang dikeluarkan di beberapa
ekonomi besar dunia. Jepun dan Zon-Eropah akan mengeluarkan data sektor
pembuatan dengan Amerika Syarikat akan mengumumkan data pertumbuhan ekonomi
suku kedua pada hari Jumaat.

Pelabur juga akan disajikan dengan beberapa laporan terkini pendapatan syarikat-syarikat teknologi di Wall Street. Dalam perkembangan di UK, Perdana Menteri baru akan mengambil tampuk pemerintahan negara itu pada minggu ini dengan isu Brexit menanti untuk diselesaikan.

Berikut adalah lima tema utama yang bakal menjadi
perhatian pelabur global dan tempatan sepanjang minggu ini.

1. Mesyuarat European Central Bank (ECB)

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019) 2

European Central Bank (ECB) dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada hari Khamis ini (25 Julai), tetapi berkemungkinan besar akan memberi isyarat untuk melonggarkan dasar monetari disebabkan ketidaktentuan ekonomi global yang dibawa oleh ketegangan perdagangan Amerika Syarikat dan China.

Pelabur juga akan memberi perhatian kepada sebarang isyarat tentang rangsangan baru terhadap ekonomi, khususnya alatan yang mungkin digunakan sama ada pembelian bon atau penurunan kadar faedah. Persoalan besar yang akan ditanyakan kepada Mario Draghi selaku Presiden ECB juga adalah tentang masa program pembelian bon jika benar bank pusat memilih menggunakan kaedah ini untuk menyokong ekonomi.

Untuk pengetahuan anda, ECB baru sahaja menamatkan
program pembelian bon tujuh bulan yang lalu selepas menamatkan program yang
telah dijalankan selama tiga tahun.

Panduan yang diberikan oleh ECB dalam pengumuman dasar pada hari Khamis ini, sudah tentu akan memberikan kesan besar kepada pasaran saham Eropah kerana tumpuan pelabur kini terarah kepada sokongan yang mungkin diberikan oleh Bank Pusat.

2. Laporan PMI Zon-Eropah

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019) 3

Minggu ini, fokus di Eropah juga akan tertumpu kepada data aktiviti ekonomi PMI (Purchasing Managers’ Index) di Eropah yang akan dikeluarkan pada hari Rabu (24 Julai 2019). Tinjauan yang dijalankan oleh Markit ini adalah petunjuk signifikan kepada pertumbuhan ekonomi di rantau tersebut.

Data PMI sejak akhir-akhir ini menunjukkan sektor pembuatan yang meleset walaupun sektor perkhidmatan kekal kukuh. Di Eropah, sektor perkhidmatan mencatat bacaan 53.6 pada Jun berbanding 48.5 dalam sektor pembuatan. Kebimbangan ketika ini adalah kebarangkalian kelemahan dalam sektor pembuatan turut memberi kesan kepada perkhidmatan dengan pertumbuhan yang kian perlahan.

3. Perdana Menteri Baru United Kingdom

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019) 4

Keputusan pemilihan Perdana Menteri bagi menggantikan Theresa May akan diumumkan pada hari Selasa (23 Julai), dan beliau dijangka akan mengambil alih tampuk pemerintahan pada hari berikutnya. Jeremy Hunt dan Boris Johnson adalah dua calon yang berebut untuk menjadi Perdana Menteri UK yang baru.

Hasil tinjauan yang dijalankan menunjukkan Boris Johnson dilihat bakal memenangi pemilihan ini. Theresa May mengumumkan peletakan jawatannya dua bulan lalu selepas gagal meneruskan agenda Brexit beliau, disamping menerima tekanan daripada luar dan dalam partinya sendiri.

4. Laporan Pendapatan Gergasi Teknologi Dunia

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019) 5

Lima
syarikat gergasi teknologi dunia yang dikenali sebagai FAANG akan melengkapkan
laporan pendapatan pada minggu ini selepas saham Netflix merudum 10.2% pada
minggu lalu.
Laporan pendapatan lima syarikat ini membimbangkan pelabur kerana
sumbangannya dalam menggerakkan Wall Street ke paras tertinggi.

Facebook yang akan membentangkan laporannya pada hari Rabu (24 Julai) dilihat mendapat tekanan sejak dua minggu lalu disebabkan isu kebocoran maklumat pengguna. Terbaru, rancangannya untuk melancarkan matawang digital Libra turut mendapat kritikan daripada perlbagai pihak termasuklah kerajaan Amerika Syarikat.

Manakala bagi Alphabet, iaitu ibu syarikat kepada Google pula akan melaporkan pendapatannya pada hari Khamis (25 Julai) dan begitu juga dengan Amazon. Apple pula akan mengumumkan laporannya pada 30 Julai nanti.

5. Data Inflasi Malaysia

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019) 6

Jabatan Statistik Malaysia akan mengeluarkan laporan
data inflasi bulan Jun 2019 pada hari Rabu (24 Julai). Indeks Harga Pengguna
(CPI) ini dijangka merekodkan bacaan 1.50% dari tahun ke tahun dan meningkat
0.20% dari bulan Mei.

Data ini
penting untuk BNM melihat tekanan harga semasa di Malaysia, khususnya selepas
ia menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada bulan Mei yang lalu.

Dalam perkembangan terbaru, BNM mengumumkan peningkatan rizab antarabangsa negara kepada AS$103.3 billion pada 15 Julai 2019 daripada AS$102.7 pada 28 Jun 2019. Dalam kenyataannya, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019) 7

Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (22 Julai – 26 Julai 2019) 8

Komen

komen





Source link