Artikel Terkini

Lo Kheng Hong, ‘Jerung’ Yang Berstatus Trilionaire Di Indonesia


Lo Kheng Hong dilahirkan di Jakarta pada tanggal 20 Februari 1959 dan merupakan seorang jerung individu dengan kekayaan sekitar 2.5 trilion Rupiah pada saham-saham yang tersenarai di Bursa Efek Indonesia (Indonesia Stock Exchange).

Beliau menjalani kehidupan yang sangat susah sejak kecil lagi dan dibesarkan di dalam rumah di Jakarta yang sangat sempit dan hanya selebar empat meter.

Siapa Lo Kheng Hong Sebenarnya?

Lo Kheng Hong adalah seorang pelabur saham yang sering disebut-sebut sebagai Warren Buffet Indonesia. Setelah 24 tahun menjadi seorang pelabur saham, tak terfikir sedikitpun olehnya untuk berhenti.

Banyak cabaran dan liku-liku kehidupan yang dialami sehingga beliau memperoleh kejayaan dalam dunia pelaburan yang diceburinya. Kisah kejayaan beliau sebagai pelabur saham pasti dapat menjadi inspirasi dan pengajaran bagi mereka yang ingin melabur dalam dunia saham.

Jika dibandingkan dengan Warren Buffett, Lo Kheng Hong dikatakan kalah dari segi usia kerana Warren Buffett memulakan saham sejak berumur 11 tahun. Modal pelaburannya juga amat terbatas kerana pada saat itu dengan Lo Kheng Hong masih bekerja sebagai pegawai bank dan gajinya sangat kecil.

Bagi Lo Kheng Hong, hal tersebut tidak menjadi masalah kerana sejak awal lagi dia bukan ingin menjadi seperti Warren Buffet. Menjadi pelabur adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka baginya.

Kewangan Dan Saham Lo Kheng Hong

Beliau dikatakan sangat berdisiplin dengan wangnya dan hidup secara berjimat-cermat. Kelebihan Lo Kheng Hong adalah beliau mengamalkan tabiat berjimat-cermat yang sebati dengan dirinya ketika melabur.

Namun, beliau juga menghadapi masalah dalam pelaburannya semasa krisis kewangan Indonesia yang berlaku pada tahun 1998. Nilai rupiah pada ketika itu menurun sehingga 78%.

Beliau mengalami kerugian besar pada ketika krisis tersebut. Namun, beliau tetap membeli saham kerana yakin ianya mampu memberi pulangan yang besar kepadanya pada masa depan.

Beberapa tahun selepas itu, beliau telah memperolehi keuntungan yang sangat banyak daripada saham-saham yang dimilikinya apabila ekonomi negara semakin meningkat. Kini, hidupnya amat senang-lenang dan beliau mempunyai wang yang sangat banyak hasil pelaburan yang dilakukannya terdahulu.

Kesimpulannya, resepi kejayaan Lo Kheng Hong adalah terletak pada sikap sabar dan tidak mudah berputus asa. Sikapnya yang kelakar serta pemurah untuk berkongsi ilmu juga amat disukai oleh orang ramai.

Untuk berjaya seperti beliau, jangan cepat mengalah dan kita haruslah berani mengambil risiko.

Sumber Rujukan:



Source link