Artikel Terkini

Malaysia Berdepan Dengan Kegawatan Ekonomi Dalam Masa 6 Bulan


Ekonomi Malaysia bakal berdepan dengan kesan penuh daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

Selepas mencatatkan pertumbuhan yang paling perlahan sejak krisis kewangan global, kini ekonomi negara bakal memasuki fasa kegawatan ekonomi dalam tempoh empat ke enam bulan yang akan datang, kata pakar statistik negara.

“Dengan tertutupnya pintu sempadan kepada orang asing dan pertumbuhan perdagangan di seluruh dunia yang terhenti, kebanyakan industri seperti pelancongan dan penerbangan telah lumpuh; menambah kepada ketidaktentuan dalam perdagangan dalam suku pertama tahun ini”, kata YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, ketua ahli statistik Malaysia pada hari Jumaat yang lalu.

Sumber: Laman Web Jabatan Perangkaan Malaysia

Penurunan ini berdasarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tumbuh hanya 0.7% bagi tiga tahun pertama 2020, angka terendah yang dicatatkan sejak suku ketiga tahun 2009. Ianya jauh lebih rendah berbanding jangkaan pertumbuhan sebanyak 3.9%-4.2%, dan Malaysia dijangka kerugian RM22.8 bilion akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana di seluruh negara.

Bulan Mac ketikga dunia melalui fasa ‘The Great Lockdown’, petunjuk utama telah mencatatkan penurunan tertinggi sejak bulan Novembe 1991.

Dan petunjuk awal bagi bulan April dan Mei 2020, persekitaran ekonomi dilihat tidak memihak kepada perniagaan di seluruh negara. Dengan ‘lockdown’ global yang sedang berlaku, ianya telah mengakibatkan penguncupan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kredit: Bloomberg

Daripada kita berserah kepada takdir dan menyerah kalah, apa kata kita ambil langkah yang sewajarnya bagi berdepan dengan situasi getir ini:

Kerana jika dilihat kepada sejarah kegawatan ekonomi sebelum-sebelum ini, ekonomi dijangka pulih 1-2 tahun selepas kegawatan berlaku. Oleh itu, bersabarlah dengan ujian yang melanda. Di sebalik kepayahan, pasti ada kesenangan.



Source link