Uncategorized

Mempunyai kelas tersendiri dan reka bentuk bergaya, Huawei lancar nova 5T



KUALA LUMPUR: Seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan dunia hiburan, Huawei sekali lagi tampil dengan “buah tangan” terbaharu mereka, Huawei nova 5T.

Telefon pintar dengan ciri terkini itu dilancarkan secara eksklusif di seluruh dunia pada Selasa, di mana Malaysia dipilih sebagai tuan rumah.

Huawei nova 5T bakal berada di pasaran tempatan bermula 7 September 2019.

Lebih istimewa, Huawei Malaysia mengumumkan Huawei nova 5T yang mempunyai kelas tersendiri itu ditawarkan pada harga yang cukup berbaloi iaitu RM1,599!

Buktinya, Huawei nova 5T dilengkapi dengan set cip bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia yang berkuasa Kirin 980 dan dual kuasa unit pemprosesan neural (NPU).

Dengan reka bentuk yang elegan, Huawei nova 5T dipadankan dengan keupayaan memori (RAM) 8 gigabait (GB) bersama storan 128GB untuk kemudahan pengguna.

Bagi memberikan pengalaman dan kepuasan yang menakjubkan kepada pengguna, telefon pintar itu dihadirkan dengan saiz skrin 6.26 inci.

Keupayaan kamera juga sangat baik apabila Huawei nova 5T tampil dengan lima kamera berteknologi kecerdasan buatan (AI).

Ia meliputi empat kamera pada bahagian belakang dengan resolusi gabungan 48 megapixel (MP), 16MP, 2MP dan 2MP.

Manakala, bagi kamera hadapan pula ia tampil dengan kamera swafoto berresolusi 32MP.

Malah, Huawei nova 5T menjanjikan keseronokan ketika bergambar apabila turut dilengkapi dengan AIS Super Night Mode.

Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Malaysia, Matthew Ng.

“Huawei nova 5T didatangkan dengan tiga variasi warna pilihan yang luar biasa iaitu Midsummer Purple bersama logo monogram kaca yang baharu di bahagian belakang. Ia juga ditawarkan dengan warna Crush Blue dan hitam,” kata beliau ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Selasa.

Selain itu, pengguna juga tidak perlu bimbang kerana telefon pintar itu menggunakan bateri berkapasiti 3,750mAh dan menyokong fungsi pengecasan pantas SuperCharge 22.5W.

Kelebihan itu membolehkan bateri dicaj sehingga 50 peratus hanya dalam masa 30 minit!

Pengguna boleh membuat pra-tempahan bermula 29 Ogos sehingga 5 September ini dan bakal menikmati hadiah eksklusif bernilai hampir RM325 iaitu speaker mini Huawei dan pengecas kereta SuperCharge Huawei.

Malah, pengguna turut ditawarkan lanjutan jaminan selama setahun jika membeli peranti itu dari 29 Ogos sehingga 31 September ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini!

Pengguna boleh dapatkan Huawei nova 5T dengan membuat pra tempahan menerusi kedai rasmi ‘online’ di shop.huawei.com/my.





Source link

Related Posts