Artikel Terkini

Mengarutlah Cadangan Bank Dunia Nak Naikkan Umur Pengeluaran KWSP Kepada 65 Tahun


Baru-baru ini Bank Dunia mencadangkan agar umur pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinaikkan daripada 55 tahun kepada 65 tahun.

Rata-rata ramai mengatakan ia adalah satu cadangan yang mengarut!

Namun apakah sebab Bank Dunia mencadangkan agar umur ini dinaikkan?

1. Malaysia Menuju Ke Arah Masyarakat Tua (Ageing Society)

Dulu pada tahun 1960-an, purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 60 tahun. Namun kini, ianya telah meningkat kepada 75 tahun.

Perbezaan sebanyak 15 tahun, banyak tu. Ini bermakna, fasa persaraan seseorang (secara purata) meningkat daripada 5 tahun kepada 15 tahun.

Persaraan adalah situasi di mana kita akan menjalani kehidupan tanpa pendapatan aktif. Jadi apakah persedian kita untuk menghadapi situasi ini?

Tahukah anda seandainya anda sekarang berumur 30 tahun dan merasakan RM5,000 (nilai sekarang) sebulan sudah cukup untuk bersara, ini bermakna anda perlu kira-kira RM4.8 juta untuk melalui fasa persaraan?

2. Jumlah Simpanan Persaraan Rakyat Malaysia Amat Membimbangkan

Di dalam kenyataan rasmi Parlimen pada 30 Julai 2018, Dato’ Seri Dr Wan Azizah memberitahu:

i) 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000

ii) Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909

iii) Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif

iv) 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun

Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk menghadapi tempoh persaraan yang bakal tiba nanti?

Jom kita amalkan 3 perkara ini:

1. Rancang kewangan dari mula gaji pertama

2. Elakkan buat hutang tak perlu

3. Buat satu financial blueprint/roadmap dengan Licensed Financial Planner

Nak dapatkan penjelasan yang lebih baik, boleh tonton video di bawah ini:

Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di [email protected]



Source link