Uncategorized

MIC percaya Himpunan Penyatuan Ummah tidak pinggir kaum bukan Melayu

MIC percaya Himpunan Penyatuan Ummah tidak pinggir kaum bukan Melayu 1



MIC percaya Himpunan Penyatuan Ummah tidak pinggir kaum bukan Melayu 2

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan percaya Himpunan Penyatuan Ummah UMNO-Pas (HPU914) tidak akan meminggirkan mana-mana kaum bukan Melayu di negara ini.

Pada masa sama, MIC menerima piagam penyatuan berkenaan dan melihatnya sebagai satu konsep politik baharu.

Saravanan berkata, beliau merasakan mana-mana kaum tidak perlu risau dengan kerjasama UMNO-Pas yang banyak menyentuh mengenai agenda Melayu tanpa melupakan kepentingan kaum lain.

“Kalau kita lihat MIC seperti mana dinyatakan oleh presiden. MIC menerima secara terbuka piagam Pas dan UMNO ini. Perkara ini bukan dilihat sebagai agenda perkauman yang sempit sebaliknya sebagai satu konsep politik baharu untuk menyatukan bangsa Melayu dengan prinsip Islam tanpa meminggirkan kaum lain.

“Kita melihat ada jaminan pucuk pimpinan Pas dan UMNO di mana piagam ini tidak akan menyebabkan kaum lain tercicir dan usaha ini adalah agenda Melayu jadi kaum lain tak perlu risau,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Pada masa sama katanya, sebelum ini, usaha mengadakan Himpunan Penyatuan Ummah telah dibincangkan secara terperinci antara UMNO, MCA dan MIC.

“Hasil perbincangan itu juga, MIC berpendapat, sebagai kaum majoriti, kaum Melayu perlu bersatu dan tidak berpecah belah demi kepentingan negara,” ujarnya.

Justeru, MIC menyokong penuh kolaborasi UMNO dan Pas berkenaan.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong ketika dihubungi Astro AWANI enggan mengulas lanjut dan hanya akan memberi reaksi pada masa yang sesuai.





Source link