Uncategorized

Minat Sukan Badminton? Tahu Tak Harga Saham Li-Ning Dah Naik 135% Untuk Tahun Ini?

Minat Sukan Badminton? Tahu Tak Harga Saham Li-Ning Dah Naik 135% Untuk Tahun Ini? 1


Penggemar sukan badminton mesti cukup kenal dengan jenama Li Ning kan? Tapi korang tahu tak saham Li Ning dah naik sebanyak 135% dalam tahun 2019? Ok dalam posting kali ni Stallion nak korang tahu tentang saham Li Ning yang terletak di Hong Kong Stock Exchange. Saham ni mula didagangkan pada tahun 2004 dengan harga HKD$2.15 se-unit.

Berkat hasil pejuangan yang mantap dari skuad badminton China dan sokongan tak putus-putus korang semua membeli racket dan kasut badminton jenama Li Ning telah membawa saham Li Ning ke HKD19 se-unit atau bersamaan dengan Rm10 se-unit hari ini. Dalam masa 5 tahun, Li Ning telah memberi keuntungan sebanyak 450% kepada pelabur.

Saham Li Ning mempunyai saiz keseluruhan sebanyak HKD44 billion atau bersamaan dengan Rm23 billion. Kalau kat Bursa Malaysia, memang lepas la untuk jadi 30 syarikat terbesar dalam list KLCI. Kalau korang tengok chart Li Ning dari tahun 2004 sampai sekarang, memang macam roller coaster sebab dia pernah cecah ke paras all-time high sebanyak dua kali.

Kalau korang seorang pemain badminton, memang senang untuk korang nilai saham Li Ning sebab harga saham Li Ning berkait dapat dengan kualiti produk yang ditampilkan dan sambutan pengguna terhadap Li Ning. Semenjak Li Ning meningkat maju, saham Yonex yang didagangkan di Tokyo Stock Exchange telah jatuh merudum.

Minat Sukan Badminton? Tahu Tak Harga Saham Li-Ning Dah Naik 135% Untuk Tahun Ini? 2

Saham Li Ning ni bukan calang-calang sebab pemegang saham terbesar adalah orang yang sama memegang saham terhebat dunia seperti Adidas, Nike, Apple dan juga Amazon. Blackrock, Shroders, Vanguard semua ada melabur dalam saham Li Ning. Geng jerung-jerung ni sudah pasti tersenyum lebar melihat prestasi semasa saham Li Ning yang meletop-letop.

Kalau lah korang membeli saham Li Ning pada awal tahun 2019 dengan harga HKD8.20 se-unit atau Rm4.35 se-unit sebanyak 1000 unit dengan membayar Rm4350. Nilai duit yang korang laburkan sekarang telah menjadi Rm10,180 atau dari segi ROI adalah 130% dalam masa 7 bulan. Jangan marah ye, hanya sekadar contoh kiraan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa ye.

Ini lah salah satu kelebihan meneroka pasaran global. Tak payah pening-pening utk cari saham apa korang nak beli, focus je kepada saham yang korang kenal dan tahu tentang produk mereka. Kalau pening juga, cuba cari dalam almari, toilet dan barang yang korang tengah pakai. Lepas dah jumpa baru kita buat kajian paras mana nak beli. Benda mudah kita mudahkan.

Sumber: Stallion Brothers

2 Seminar PERCUMA Di Lembah Klang

Minat Sukan Badminton? Tahu Tak Harga Saham Li-Ning Dah Naik 135% Untuk Tahun Ini? 3

SHAH ALAM
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
13 JULAI 2019
8.00 PAGI – 1.00 PETANG

Minat Sukan Badminton? Tahu Tak Harga Saham Li-Ning Dah Naik 135% Untuk Tahun Ini? 4

KUALA LUMPUR
MENARA PGRM
CHERAS
27 JULAI 2019
8.00 PAGI – 1.00 PETANG

Belajar Saham Global Dengan Mereka Yang Pakar

Pasaran saham Amerika Syarikat, China dan juga Malaysia kelihatan sedang membuat kenaikan, rebut peluang untuk melabur saham-saham global seperti McDonalds, Starbucks, Facebook, Apple, Google, Adidas, Li-Ning dan bermacam-macam lagi.

Daftar segera Seminar Melabur Saham Global di sini.

Minat Sukan Badminton? Tahu Tak Harga Saham Li-Ning Dah Naik 135% Untuk Tahun Ini? 5

Komen

komen





Source link