Artikel Terkini

Modal RM 3K Untuk Dekor Rumah Flat 600sqft Cantik Mcam Ni


Puan Noor Hafiza Mohamad memang terkenal dengan tip menghias dan mengemas rumah nya. Baru-baru ini, Puan Hafiza berkongsi bajet dekorasi kediamannya. Dengan hanya modal RM 3K, dekorasi berkonsepkan gabungkan mid century, scandi dan boho dapat direalisasikan.

Deko rumah flat berkeluasan <600 sqft.

Sepanjang 9 tahun usia perkahwinan kami, saya suka mendalami ilmu dekorasi dan ia mengajar saya tentang mengurus rumah dengan lebih baik. Bukan sahaja mahu cantik, tapi lebih penting adalah rumah lebih terurus dan praktikal kepada isi rumah.

Untuk memastikan rumah sentiasa kemas, saya melabur sedikit untuk menyediakan ruang penyimpanan barang-barang dengan menggunakan prinsip setiap barang ada rumahnya sendiri. Lebih mudah nak kemas apabila selepas guna, kita terus simpan pada rumahnya.

Untuk mengelakkan rasa bosan dengan warna atau konsep deko, kami biasanya hanya bertukar warna “soft furnishing” seperti karpet, langsir, sarung kusyen dan hiasan dinding. Ia tidak melibatkan bajet yang besar. Kami hanya tukar konsep deko apabila perabot besar rosak dan perlu diganti baru seperti sofa. Ini pun selepas 5-6 tahun menggunakan perabot terpakai. Pada masa inilah kami mula rancang untuk tentukan konsep baru, alang-alang mahu beli sofa baru kami tentukan juga konsep yang sesuai dengan mood ketika ini.

Pada penguhung tahun 2019, saya beli perabot berkonsep mid century iaitu sofa 3 seater RM780, almari TV (RM450), sideboard RM430, cermin bulat RM120, meja kopi RM240, bench RM180, almari kasut RM350. Jumlah harga semua perabot kurang RM3,000 termasuk penghantaran

Bila semakin meningkat umur, kami bukan lagi mahu deko mengikut trend atau hipster tetapi lebih kepada mencipta sebuah rumah kecil supaya nampak lebih luas, warna lebih sejuk dan tenang, dan paling penting rumah senang diurus.



Source link