Uncategorized

Nak Berlagak Acah-Acah Kaya? Bayarlah RM3.50


Photo by Eric Stone on Unsplash

Taktik yang biasa digunakan untuk menarik perhatian orang adalah dengan menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada dekat Sosial Media. Ada yang suka bergambar dengan tiket kapal terbang, tunjuk steering wheel kereta mewah, tayang rumah yang macam istana, ambil gambar percutian di hotel 5 bintang dan sebagainya.

Haa, kalau korang tak ada semua tu pun tak apa, masih boleh show off. Sekarang ni dah senang, semua tu dah tersedia, tinggal nak beli je ‘template’ tu.

Dahsyat betul idea bisnes zaman sekarang.

Nak nampak seolah-olah korang sedang melancong ke seluruh dunia pun boleh.

Malah siap diberikan cadangan caption menarik untuk kita post di laman sosial masing-masing. Nak lagi nampak tulen, siap boleh masukkan suara sendiri ke dalam klip video tersebut bagi nampak betul-betul real!

Di China, nak buat semua ni tak perlu modal yang besar. Harga bermula dari $6 Yuan atau bila di-convert jadi duit kita, hanya RM3.50 saja. Lebih murah daripada makan sepinggan nasi ayam.

Tapi tak cool lah kalau semua benda boleh di-fake-kan. Terus terang cakap, apa yang korang buat tu akan buat korang lagi down dan stress. Benda tu tak membantu apa-apa pun.

Ambil gambar dalam rumah yang tersergam indah, tapi rumah sendiri pun entah dah ada ke belum.

Siapa agak-agaknya yang selalu buat macam ni? Selain daripada mereka yang ‘dahagakan’ perhatian, scammers pun ramai kan?

Sumber: South China Morning Post

Inspirasi Untuk Jadi Kaya Dengan Cara Yang Betul

Kalau nak tayang kereta mewah, rumah mewah, pergi jalan-jalan keliling dunia dan sebagainya; pastikan ianya hasil titik peluh dan kerja keras sendiri. Dan semestinya kita kena pastikan ianya daripada sumber rezeki yang halal.

Barulah kita rasa aman dan tenang di dunia, dan semoga ia dapat membantu kita membina saham di akhirat juga.

Komen

komen





Source link