Artikel Terkini

Nak Dapur Wangi Macam Kedai Perfume, Ikut Tip Mudah Ini


Dapur merupakan tempat untuk menyediakan serta menyimpan berbagai bahan makanan. Oleh itu, akan terdapat berbagai aroma di dapur, bermula dari aroma sedap hasil masakan atau bau yang kurang menyenangkan dari beberapa bahan atau sisa masakan. Antara bahan makanan yang sering menimbulkan bau adalah ikan, bawang, tapai, durian dan masih banyak lagi.

Memakai pewangi ruang jenis semburan boleh menimbulkan rasa takut kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewangi boleh mencemari bahan makanan yang banyak terdapat di dapur. Jika pewangi jenis gel pula tidak tahan lama. Oleh itu, IMPIANA ingin berikan anda tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di dapur menggunakan bahan alami sekaligus menjimatkan duit poket anda.

KOPI HILANGKAN BAU AMIS

Bagi anda yang gemar membancuh kopi di rumah pasti ruang dapur anda tidak ada masalah dengan bau. Kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneutralkan bau sekelilingnya. Jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir di dapur anda.

BAKING SODA HILANGKAN BAU SINKI

Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu. Bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan, kemudian bilas. Tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam. Setelah itu, bilas sinki anda dengan air panas.

ARANG HILANGKAN BAU TEMPAT SAMPAH

Jika anda meletakkan tempat sampah di dapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul. Untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut. Tapi anda haurs diingatkan, jangan lupa untuk membuang sampah secara teratur. Lakukan pada malam hari setelah aktiviti dapur selesai.

KULIT LIMAU & LEMON BUAT DAPUR WANGI

Ingin dapur beraroma wangi dengan bahan alami? Mudah saja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air. Aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar. Atau, anda juga boleh meletakkan kulit limau atau lemon di dalam microwave selama kurang lebih lima minit.



Source link