Uncategorized

Nak Melabur Saham PICORP? Ambil Tahu 12 Perkara Ini Terlebih Dahulu


Progressive Impact Corporation Bhd (PICORP) merupakan sebuah syarikat yang menjana pendapatannya menerusi environmental consultation and monitoring, lab testing dan wastewater treatment & solutions. Kini, ia bernilai sebanyak RM 85.3 juta dalam market capitalisation.

Di sini, saya ingin memberi update tentang prestasi kewangannya dan penilaian saham terkini untuk PICORP. Jom kita tengok 12 perkara ini terlebih dahulu bagi PICORP sebelum nak melabur ke dalam sahamnya.

1. Segmen 1: Lab Testing

PICORP memberikanperkhidmatan chemical testing kepada industri F&B melalui ALS Group. Kini, PICORP memegang 47% pegangan saham di dalam ALS. Segmen ini telah mencatat pertumbuhan konsisten dari segi perolehan dan keuntungan di dalam masa 10 tahun yang lepas.

Perolehan menaik dari RM 22.8 juta pada tahun 2009 kepada RM 50.4 juta pada tahun 2018. Maka, ia telah meningkatkan keuntungannya daripada RM 13.0 juta pada tahun 2009 kepada RM 21.6 juta pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan PICORP

2. Segmen 2: Environmental Consultancy & Monitoring Services (ECM)

PICORP memberi ECM melalui Alam Sekitar Malaysia (ASM) Sdn Bhd. Ia adalah syarikat milik penuh PICORP. Sepanjang 10 tahun lepas, ia mencatat kemerosotan daripada segi perolehan dan keuntungan.

Perolehan telah jatuh daripada RM 57.3 juta pada tahun 2010 kepada RM 32.4 juta pada tahun 2018 dan keuntungannya telah menurun daripada RM 15.0 juta pada tahun 2010 kepada RM 31.0 ribu pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan PICORP

3. Segmen 3: Wastewater Treatment and Solutions (WTS)

Segmen ini merupakan segmen terkecil bagi PICORP. Ia telah mencatatkan kerugian bagi tempoh 8 tahun di dalam 10 tahun yang lalu. Pada tahun 2018, ia telah mencatat perolehan sebanyak RM 1.7 juta dan kerugian segmen sebanyak RM 0.6 juta.

Sumber: Laporan Tahunan PICORP

4. Keputusan Kewangan Terkini

Sepanjang 10 tahun lepas, PICORP telah mengekalkan perolehannya pada tahap RM 80 – 85 juta. Ini disebabkan pertumbuhan jualan daripada segmen lab testing diimbangi oleh penurunan perolehan daripada segmen EMS dan WTS.

Keuntungan bersihnya telah menurun daripada RM 15.8 juta pada tahun 2013 kepada RM 0.4 juta pada tahun 2018. Ini disebabkan oleh kejatuhan daripada segi keuntungan di dalam segmen EMS dan kerugian yang dialami oleh segmen WTS.

Sumber: Laporan Tahunan PICORP

5. Pengurusan Tunai

Daripada tahun 2009 sehingga 2018, PICORP telah menjana sejumlah RM 133.4 juta dalam aliran tunai operasi dan memperolehi RM 3.6 juta dalam penghutangan jangka panjang bersih. Daripada jumlah tersebut, ia telah membayar:

– RM 74.9 juta dalam net capital expenditures (CAPEX Bersih)
– RM 41.2 juta dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham
– RM 39.8 juta dalam pembayaran dividen kepada non-controlling interest

Siapakah yang dimaksudkan dengan non-controlling interest? Misalnya, PICORP memegang sebanyak 47% pemegangan saham di dalam ACS Group. Non-controlling interest terdiri daripada pemegang saham ACS Group yang lain. Maka, dividen tersebut (RM 39.8 juta) tidak berkenaan dengan pelabur yang memegang saham PICORP.

Secara keseluruhannya, PICORP merekodkan penurunan daripada segi baki tunai. Ianya menurun daripada RM 45.3 juta pada tahun 2011 kepada RM 0.5 juta pada tahun 2018. Maka, ini menunjukkan bahawa PICORP gagal menjana pertumbuhan daripada segi perolehan dan keuntungan bersih setelah membiayai CAPEX bersih untuk tempoh masa 10 tahun yang lalu.

Sumber: Laporan Tahunan PICORP

6. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Mac 2019, PICORP merekodkan RM 6.4 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM 80.6 juta dalam ekuiti pemegang saham. Jadi, PICORP mempunyai gearing ratio sebanyak 8.0%. Ia adalah pada tahap rendah kerana gearing ratio tersebut adalah kurang daripada 50%.

Pada masa tersebut, PICORP mempunyai RM 83.0 juta dalam aset semasa dan RM 45.1 dalam liabiliti bukan semasa. Maka, nisbah semasanya adalah 1.84.

7. Kontrak Baru 1 – Environmental Sampling & Lab Analysis (ESL)

Pada 20 Mac 2019, PICORP telah menerima Letter of Award (LOA) daripada PT Chevron bagi servis ESL. Ia bernilai sebanyak RM 31.3 juta bagi tempoh dua tahun dari 25 April 2019 sehingga 24 Jun 2021. Kontrak ini boleh dilanjutkan sehingga 24 April 2022.

8. Kontrak Baru 2 – Rapid TPH (Mei 2019)

Pada 14 Mei 2019, PICORP telah menerima Letter of Award (LOA) dari PT Chevron bagi servis Rapid Total Petroleum Hydrocarbon (TPH) Field Measurement. Ia bernilai sebanyak RM 12.2 juta bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai 2019 sehingga 8 Ogos 2021.

9. Siapa Pemilik PICORP?

Pada 2 April 2019, pemegang saham utama bagi PICORP adalah seperti berikut:

No.Pemegang SahamPemegangan Saham (%)
1Zaiyadal Keluarga Sdn Bhd47.23%
2Urusharta Jamaah Sdn Bhd9.91%
3Zaid bin Abdullah7.30%
4Zaidah binti Mohd Salleh1.34%

Zaid bin Abdullah dan Zaidah binti Mohd Salleh adalah suami isteri dan mereka adalah pemegang saham utama PICORP dan mempunyai kepentingan saham di dalam Zaiyadal Keluarga Sdn bhd.

– Zaid bin Abdullah dilantik sebagai Executive Deputy Chairman
– Zaidah binti Mohd Salleh dilantik sebagai Non-Executive Director
– Usamah bin Zaid (anak mereka) dilantik sebagai Non-Executive Director

Sumber: Laporan Tahunan 2018 PICORP

10. P/E Ratio

Pada 24 Mei 2019, harga saham PICORP adalah RM 0.13 sesaham. Pada tahun 2018, ia telah merekodkan Earnings Per Share (EPS) sejumlah 0.07 sen. Maka P/E Ratio terkini bagi PICORP adalah 190.40.

11. P/B Ratio

Pada 31 Mac 2019, PICORP merekodkan aset bersih sejumlah 12.0 sen bagi setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi PICORP adalah 1.08. Ini ialah lebih rendah jika dibanding dengan 10-tahun puratanya sejumlah 1.30.

Sumber: Laporan Tahunan 2018 PICORP

12. Kadar Dividen

Pada tahun 2018, PICORP telah membayar sebanyak 0.5 sen dalam Dividend Per Share (DPS) kepada pemegang sahamnya. Maka, kadar dividen bagi PICORP adalah 3.85% setahun.

Sudut Pandangan

Kesimpulannya, PICORP merekodkan penurunan untung bersih, terutamanya bagi tempoh 5 tahun yang lalu, dan penurunan daripada segi baki tunai.

Oleh itu, ia telah menyebabkan penurunan jangka panjang daripada segi harga sahamnya daripada RM 0.28 sesaham pada tahun 2010 kepada RM 0.13 sesaham pada masa kini.

Sumber: Google Finance

Pengajaran:

1. Daripada carta tersebut, kita boleh lihat satu peningkatan mendadak harga saham PICORP sehingga RM 0.79 pada 30 Mei 2008, daripada tahap kurang daripada RM 0.20 setahun lepas. Ramai speculator terpukau dan melabur duit ke dalam saham PICORP. Akibatnya, mereka telah mengalami kerugian jangka panjang daripada tahun 2008 sehingga 2019.

2. Kenapa pelabur bijak melakukan fundamental analysis? Ini kerana kita nak melabur ke dalam syarikat yang boleh menjanakan perolehan dan keuntungan bersih yang konsisten. Dalam erti kata lain, menjana pendapatan dividen yang konsisten dan kenaikan harga saham secara konsisten.

Jadi, wajarkah kamu nak melabur ke dalam saham PICORP buat masa kini?

Itu bergantunglah kepada kamu diri sendiri.

Biodata Penulis

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Komen

komen





Source link