Artikel Terkini

Orang yang nak beli rumah pertama patut hadam 11 tip ini


Tok yakin korang tak nak rugi bila melabur dalam hartanah, kan?

Kalau tak nak perkara ni terjadi, wajib sediakan dulu diri awal-awal dengan ilmu. Macam yang Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi kongsikan kat dinding Facebook beliau ni.

Dah habis baca, terus amalkan. Baru berkurang risiko kerugian kita nanti.

Beli rumah kena ada strategi kerana deposit bukan senang nak dikumpul, malah rumah ini aset yang nak dipegang lama.

Kalau tersilap langkah, deposit boleh hangus, malah rumah pun boleh terlelong.

Tag dan share kepada kenalan jika bermanfaat.

Tip #1: Sentiasa cari rumah bawah nilai pasaran

“Untung ketika membeli, tanpa perlu tunggu saat menjual”.

Dengan membeli unit bawah nilai pasaran, jumlah deposit dapat diminimakan, dan bayaran ansuran bulanan juga dapat dikurangkan,

Tak cukup dengan itu, siap boleh bersaing dengan rumah sewa di sekitar (kalau korang nak sewakan) dengan cashflow optima.

Antara tempat yang boleh kita jadikan lubuk seperti:

  • pasaran lelong,
  • pasaran sekunder (rumah sub-sale).

Tip #2: Beli unit dengan kos masuk (entry cost) yang minima

Kalau kita cari rumah macam ni, tak perlu nak kumpul banyak deposit yang mungkin makan masa lebih lama.

Dan lebih lama masa yang kita ambil, lebih tinggi harga rumah akan naik.

Antara contoh yang korang boleh gunakan adalah:

  • Unit dalam pembinaan yang ada diskaun lebih 10%,
  • Pasaran sekunder (sub-sale) yang boleh dirunding dengan penjual,
  • Bantuan pembiayaan bank atau skim bantuan kerajaan.

Tip #3: Beli rumah yang berharga lebih rendah

Ini supaya kita boleh wujudkan buffer kalau ada apa-apa yang buruk berlaku.

“Kita mungkin hanya sekadar layak saja, bukan mampu untuk membeli rumah itu.”

Mungkin ramai tak bersetuju dengan ungkapan atas ni. Tapi hakikat ni susah kita nak sangkal.

Kita mungkin layak buat pembiayaan RM300,000. Tapi sebenarnya kemampuan membayar kita hanyalah RM250,000.

Jadi, sediakan sedikit margin sebagai buffer. Manalah tahu nanti BFR naik, bayaran ansuran pun akan turut sama naik sekali.

Kalau tak mampu, nanti rumah terlelong pula.

Contohnya:

  • Kalau kita layak meminjam RM300,000, beli rumah yang berharga RM200,000 hingga RM250,000 (maksimum),
  • Layak pinjam RM150,000? Cari rumah yang harganya RM80,000 hingga RM120,000.

Tip #4: Beli terus 2 unit. Tak payah tunggu-tunggu

Tak usah tunggu lama-lama.

Beli terus 2 buah rumah supaya kuota 90% untuk dua rumah pertama dapat digunakan segera.

Tak payah tunggu-tunggu untuk tunggu settledown kerana harga rumah akan terus meningkat naik.

Kuota 90% tu, kita boleh re-create semula apabila salah satu, atau kedua-dua rumah tu habis dibayar atau telah lupus pemilikan.

Bab bajet pula, korang boleh lihat contoh ni:

  • Kalau mampu dapatkan pinjaman RM300,000, beli 2 unit yang berharga RM100,000 hingga RM150,000,
  • Bank bagi pinjaman RM200,000 kat kita? Boleh dapatkan 2 unit rumah sekitar RM60,000 hingga RM100,000.

Tip #5: Beli kat tempat yang senang nak sewakan

Korang boleh beli kat mana-mana saja kawasan yang senang kita nak sewakan.

Kalau rumah sewa jauh dengan tempat kita duduk, boleh lantik subletter untuk uruskan bagi pihak kita.

Dan tak semestinya bila beli rumah, kita wajib duduk dalam rumah tu. Boleh je kalau nak sewakan dan jana cashflow.

Tip #6: Dapatkan tempoh pembiayaan paling maksimum

Lagi panjang tempoh pinjaman yang kita boleh buat, lebih bagus.

Dengan memanjangkan tempoh pembiayaan, bayaran ansuran bulanan adalah lebih rendah, dan DSR juga kurang terkesan.

Bermakna kita boleh spare DSR untuk beli unit berikutnya.

Tip #7: Rajinkan diri mencari

Unit yang menarik sentiasa ada permintaan. Dan kalau tak buat segala kerja yang patut, alamat susah kita nak jumpa satu.

Kita tak tahu bila unit menarik akan diiklankan, dan biasanya unit sebegini cepat je sold out.

Salahkan diri sendiri sebab tak rebut peluang. Rajin- rajin la tengok iklan rumah kat:

  • Media sosial,
  • Laman web seperti mudah.my, belowbankvalue.com, atau brickz.my
  • Ronda sendiri sesebuah kawasan dan cari rumah yang nak dijual.

Tip #8: Dapatkan bantuan ejen hartanah

Pembeli rumah pertama biasanya cetek ilmu hartanah.

Boleh saja nak lantik ejen hartanah. Cuma, pastikan mereka adalah ejen yang sah berdaftar. Korang boleh periksa kat laman web LPPEH.

Bila dah dapat, bagitahu mereka spesifikasi rumah yang kita nak cari beserta bajet.

Sentiasa minta bantuan mereka untuk padankan permintaan (demand) dan pembekalan (supply) sesuatu kawasan hartanah tu. Baru korang dapat gambaran yang lebih jelas.

Kadang-kadang, mereka bukan setakat bantu kita beli rumah saja. Ada juga yang siap berikan nasihat kewangan yang baik supaya permohonan pinjaman korang senang lulus.

Tip #9: Buat ini kalau tak nak menyesal kemudian hari

Ini perkara yang penting kita wajib buat.

Sebelum kita nak bernikah pun, kita pergi merisik dulu kan? Takde pula terus petik nama, bagi hantaran dan bayar mas kahwin terus.

Sama juga bila kita nak membeli rumah.

Jangan bayar booking sebelum bersemuka dengan agen atau owner, tanpa melihat rumah walaupun tawaran sangat menarik. Biarlah terlepas rumah dari ditipu duit deposit.

Kita juga boleh lihat kondisi rumah untuk anggar kos sampingan, atau berunding dengan tuan rumah untuk kurangkan harga.

Tip #10: Cantikkan profil kewangan masing-masing

Kalau dah buat semua di atas tapi loan tak lepas pun tak guna juga (lain cerita kalau kita boleh bayar secara tunai).

Jadi, dokumenkan profil kewangan kita dan bersemuka dengan banker untuk semak kelayakan pembiayaan.

Periksa perkara seperti:

  • Pendapatan (income),
  • Sebarang penolakan (deduction),
  • Jumlah komitmen,
  • Simpanan,
  • Sebarang pelaburan lain,
  • DSR (Debt Service Ratio).

Tip #11: Terus-menerus tambah ilmu baru

Kalau korang baca semua tip atas tadi, tapi ilmu masih cetek, confirm tak berapa nak faham taktik tersembunyi disebaliknya.

Teruskan belajar. Laburkan 5% gaji untuk ilmu setiap bulan, atau setiap 2 atau 3 bulan. Nak lagi senang? Follow rapat geng-geng hartanah beretika, macam apa yang saya buat. Haha.

“Saya tak bagi ikan. Saya hanya bagi joran saja. Pilih umpan mana yang korang nak gunakan, lubuk mana korang nak masuk, dan ikan apa korang nak kail.”

Terus terang Tok kata. Pelaburan hartanah bukan game yang senang untuk buat duit.

Sebab itu kena kebalkan diri kita dengan ilmu, supaya boleh elakkan pelaburan ini daripada rugi teruk.

Tak rugi belajar ilmu macam ni. Korang juga yang merasa untungnya nanti.



Source link