Uncategorized

P. Pinang sasar 20,000 pelawat ke Perayaan Warisan George Town

P. Pinang sasar 20,000 pelawat ke Perayaan Warisan George Town 1



P. Pinang sasar 20,000 pelawat ke Perayaan Warisan George Town 2

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menyasarkan kunjungan kira-kira 20,000 pelawat ke Perayaan Warisan George Town Edisi ke-11 tahun ini, berlangsung mulai hari ini hingga 8 Julai.

Dengan tema “Let’s Celebrate — Rituals and Festive Events”, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata program tahunan selama tiga hari itu telah menyusun 22 bengkel komuniti interaktif bagi memperkenalkan aneka tradisi dan acara budaya di sini.

“Menerusi bengkel interaktif itu, masyarakat setempat akan berinteraksi dengan orang awam menerusi pelbagai bentuk aktiviti seperti majlis hari jadi, majlis pra-perkahwinan dan perkahwinan itu sendiri,” katanya kepada pemberita semasa lawatan tinjauan pada hari pertama sambutan perayaan itu.

Terdahulu, beliau bersama anggota exco negeri, Anggota Parlimen dan anggota dewan undangan negeri melawat bengkel-bengkel di perayaan itu diuruskan oleh George Town World Heritage Incorporated (GTWHI).

— BERNAMA





Source link