Artikel Terkini

Pakar Ini Bincangkan Kepentingan Melawat Rumah Sebelum Di Beli


Pelbagai kesilapan yang boleh menjadi punca kita menyesal beli rumah. Salah satunya, tidak meninjau dulu keadaan rumah dan kawasan sekeliling sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Bagi membantu anda, lebih-lebih lagi pembeli rumah pertama, pakar hartanah Dr. Azizul Azli yang juga merupakan Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, ada berkongsi panduan melawat kediaman yang ingin dibeli. Mari kita semak.

PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELI
Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut

1. Lawatan Lebih Dari Sekali

Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya. Jangan percaya cakap jurujual ia dekat pekan, silap silap dalam hutan.

2. Lawatan Waktu Berbeza

Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam.

3. Lawatan Waktu Hujan

Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan. Lihat kejiranan kawasan rumah kita, air naik atau tidak.

4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan

Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman mereka. Atau Google cari berita kawasan itu.

5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat

Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa kena tumbuk muka semua rekod mereka ada. Banyak mana warga asing mereka tahu punya.

6. Matahari Petang Jatuh Dimana

Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti. Elak beli rumah yang kena matahari petang. Panas petang tak boleh bawa bincang.

7. Jangan Datang Seorang

Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila, sampai tak nampak kelemahan yang ada.

8. Tekanan Air Tinggi

Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi tinggi.

9. Pekerjaan Jiran Tetangga

Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu tetap ada.

10. Projek Akan Datang

Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin semakin berharga.

11. Jangan Kagum Rumah Contoh

Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.

12. Semak Pelan Ruang Dalaman

Jika rumah dah siap, lihat susun atur bilik baik atau buruk. Ada kediaman boleh nampak terus bilik air dari pintu utama. Itu malang namanya.

Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang.

Belajar himpun duit disini kawan kawan, ada panduan lengkap

https://bit.ly/2WjzLb8

Azizul Azli Ahmad

#BeliWaktuMudaBaruKacakBergaya



Source link