Artikel Terkini

Panduan Pelaburan Dengan Hanya RM1,000: Di Mana Anda Patut Melabur?


Anda mungkin mencemuh dengan idea untuk memulakan pelaburan dengan hanya RM1,000. Kemungkinan anda fikir, “Apa yang saya boleh buat dengan duit banyak tu?”

Sebenarnya banyak..

Jangan terkejut dengan jumlah pulangan pada masa hadapan dengan pelaburan anda sekarang.

Anda tak perlu melabur beratus ribu untuk mendapatkan jumlah pulangan
pelaburan yang bagus.

Ini adalah panduan di mana anda boleh laburkan RM1,000.

1. Amanah Saham Buniputera (ASB)

Risiko: Rendah

Pulangan 5.5% – 10% setahun

Contoh senario: Jika anda melabur RM1,000 pada 2009, ianya kini berjumlah RM2,329 di penghujung 2019

ASB ialah unit amanah saham khas untuk Bumiputera Malaysia. Ia diuruskan
oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional
Berhad (PNB)

Ini adalah jenis pelaburan jangka panjang. Semakin lama anda tidak
menyentuh pelaburan tersebut, semakin tinggi kemungkinan untuk pulangan yang
lebih besar.

ASB secara amnya memberikan pulangan yang bagus; Walaubagaimanapun,
sejak beberapa tahun yang lepas, kadar pengagihan tidak sebaik seperti
sebelumnya. Ia masih memberikan pulangan yang tinggi, menjadikannya antara
salah satu pelaburan risiko-rendah terbaik di Malaysia.

Ini adalah beberapa ciri-ciri ASB:

  1. Risiko rendah – harga seunit telah ditetapkan pada
    RM1, dan tidak pernah memberikan pulangan negatif
  2. Tiada bayaran jualan penebusan
  3. Jumlah pelaburan maksima: RM 200,000

2. Pelaburan Amanah Hartanah (REITs)

Risiko: Sederhana

Pulangan: Indeks REIT Bursa Malaysia tumbuh sebanyak 4% di tahun 2019

Contoh senario: Jika anda melabur RM 1,000 di Sunway REIT pada awal tahun 2014, ianya kini berjumlah RM1,400 (termasuk dividen) pada hujung tahun 2019.

Ingin melabur dalam hartanah, tetapi tidak mempunyai modal? Anda boleh
pertimbangkan melabur di dalam Pelaburan Amanah Hartanah atau real estate
investment trusts
(REITs). REITs adalah pelaburan amanah yang ditubuhkan
oleh syarikat yang membeli dan mengurus hartanah menggunakan dana yang
dikumpulkan dari pemegang saham, REIT melabur di dalam pelbagai jenis hartanah,
seperti kediaman, komersial, industri dan hartanah runcit.

Pelabur secara amnya menyukai REITs kerana ianya memberikan pulangan
yang lebih tinggi (4% – 8%) berbanding stok biasa. Anda juga akan mendapat
pulangan tambahan melalui kenaikan modal.

Seperti pelaburan jangka panjang yang lain, anda perlu melabur wang untuk
masa yang lama bagi menikmati keuntungan yang bermakna

3. Dana Amanah Saham

Risiko: Rendah ke tinggi

Pulangan: Mengikut portfolio dan dana

Contoh senario: Jika anda melabur ke Kenanga Growth Fund pada November 2014, kini ai akan berjumlah RM 1,299 pada November 2019 (29.9%)

Amanah saham ialah sejenis pelaburan berkumpulan. Ia memberi peluang
untuk pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan yang sama untuk mengumpul dana
mereka untuk dilaburkan di dalam portfolio sekuriti ataupun aset yang lain.
Pengurus dana profesional kemudian akan melabur dana yang terkumpul di dalam
sebuah portfolio yang mungkin termasuk wang tunai, bon dan deposit, stok,
hartanah dan/atau komoditi.

Jika anda mempunyai dana yang kecil, ini adalah berita baik; ia
memberikan anda peluang untuk melabur di dalam portfolio yang berbeza dan yang
diurus secara profesional dengan jumlah minimum sebanyak RM1,000 sahaja. Dengan
unit amanah, pulangan pelaburan selalunya hadir dalam bentuk pengedaran
pendapatan dan pulangan dana yang diperolehi dari kumpulan aset yang menyokong
unit amanah saham.

Melabur di dalam unit amanah selalunya melibatkan kos seperti caj jualan
(sehingga 5%), bayaran platform, caj pengurusan tahunan, caj pemegang amanah
dan sebagainya. Caj-caj ini mungkin akan memakan ke dalam jumlah pelaburan anda
dalam tempoh masa panjang. Walaubagaimanapun, melabur dalam talian menggunakan
platform seperti Fundsupermart selalunya akan mempunyai caj yang lebih rendah.

Bandingkan prestasi dana-dana yang berbeza untuk mencari mana satu yang
sesuai untuk dilaburkan menggunakan laman sesawang perbandingan unit amanah
kami.

4. ETF

Risiko: rendah ke tinggi

Pulangan: Bergantung kepada ETF

Contoh senario: Jika anda melaburkan RM 1,000 ke dalam CIMB FTSE China 50 ETF pada mula 2015, anda akan menikmati pulangan tahunan sebanyak 6.75%, menjadikan jumlah dana anda ke RM1,386 pada hujung 2019.

Exchanged traded funds (ETF) mengumpulkan dana pelabur untuk membeli
sekumpulan stok, bon atau pelaburan yang lain. Seperti stok, anda boleh
mendapat pulangan dari ETF melalui dividen dan pulangan dana.

Seperti dana unit amanah, ETF ialah skim pelaburan berkumpulan yang
memberikan anda peluang untuk melabur di dalam pelbagai jenis aset.

Tidak seperti dana unit amanah, ETF tidak diuruskan oleh pengurus dana.
Sebaliknya, pengurus dana ETF menjejak atau meniru prestasi indeks penanda
aras. Ini bermakna tidak seperti unit amanah, prestasi ETF tidak bergantung
kepada kebolehan pengurus dana untuk membuat ramalan jangka pendek untuk
pasaran.

ETF adalah bagus untuk pelabur permulaan kerana anda akan mendapat akses
ke kumpulan pelaburan yang pelbagai dengan serta merta dengan jumlah pelaburan
yang sedikit. ETF juga mempunya caj yang rendah (sekitar kurang dari 1%
setahun). Sebagai contoh, MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25
mengenakan caj tahunan sebanyak 0.49%.

5. Stok Cip Biru

Risiko: tinggi

Pulangan: Bergantung ke pasaran dan syarikat

Contoh senario: Jika anda melabur RM 1,000 ke Public Bank Berhad di permulaan 2010, ianya kini bernilai RM 2,400 (termasuk dividen) pada hujung 2019.

Syarikat cip biru merujuk kepada syarikat-syarikat yang mempunyai
reputasi dan kewangan yang kukuh, menjual produk dan perkhidmatan yang
berkualiti tinggi. Syarikat-syarikat ini boleh berfungsi walaupun keadaan ekonomi
yang merudum, yang menyumbang ke rekod stabiliti mereka dan perkembangan yang
boleh dipercayai.

Banyak stok cip biru juga membayar dividen. Ianya dibayar dengan jadual
yang boleh diramal (setiap suku tahun, setiap tahun dsb). Ia bagus untuk pelabur
yang mahukan pendapatan tetap dari pelaburan saham mereka

Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka risiko tinggi, stok tidak patut
digunakan untuk pelaburan jangka pendek untuk keuntungan besar. Ini bukannya
pelaburan, tetapi perjudian. Bak kata Warren Buffet,”Jika anda tidak bersedia
untuk memiliki stok selama sepuluh tahun, jangan fikir untuk memilikinya untuk
sepuluh minit.”

Anda juga perlu mengelak untuk membuat transaksi jangka-pendek dengan
stok. Ini akan menyebabkan kos pelaburan tinggi kerana bayaran-bayaran broker
dan transaksi. Firma broker selalunya mengcaj 0.05% – 0.5% untuk bayaran
transaksi, dengan jumlah minima diantara RM 7 sehingga RM 12. Ini bermakna jika
anda melabur RM100 dan membayar bayaran sebanyak RM10 setiap transaksi, 10% dana
pelaburan anda hanya untuk bayaran!

6. Crowdfunding/Pinjaman P2P

Crowdfunding adalah salah satu cara syarikat mengumpul dana untuk
berkembang atau operasi. Ada beberapa cara untuk crowdfunding, tetapi sebagai
pelabur dengan dana yang kecil, pelaburan berasaskan hutang mungkin menjadi
pilihan anda. Crowdfunding berasaskan hutang, atau pinjaman peer-to-peer (P2P)
melibatkan pelabur mengumpul dana untuk dipinjamkan ke bisnes.

Dengan potensi pulangan sehingga 10% p.a. ataupun lebih tinggi,
crowdfunding selalunya memberikan pulangan yang lebih baik dari bon, stok cip
biru ataupun pelaburan jenis yang lain. Walaubagaimanapun anda akan menghadapi
risiko yang lebih tinggi. Syarikat yang mengumpul dana melalui crowdfunding
selalunya adalah dari jenis startup dan bisnes kecil yang masih belum bertapak.
Ada risiko mereka akan lalai untuk membayar semula, menyebabkan anda mengalami
kerugian.

Antara platform P2P yang terkenal di Malaysia termasuklah Funding
Societies, Fundaztic, dan B2B Finpal. Platform-platform ini selalunya meminta
anda untuk memberi deposit sekurang-kurangnya RM1,000 di dalam akaun anda untuk
mula melabur. Walaubagaimanapun, setiap kempen yang anda meminjam wang anda
mungkin memerlukan jumlah yang lebih kecil.

7. Robo Advisor

Istilah pelaburan memeningkan kepala anda? Berharap untuk boleh
menyerahkan wang kepada seseorang dan dapatkan mereka melabur untuk anda?

Kalau jawapan anda ialah ya, ada mungkin ingin mempertimbangkan robo
advisor
. Platform robo advisor adalah algoritma yang membantu
portfolio anda secara automatik. Apabila anda mendaftar untuk platform ini, ada
perlu untuk melengkapkan soal selidik yang akan memeriksa toleransi risiko
anda, dan jangka masa pelaburan. Platform ini kemudiannya akan menggunakan
algoritma yang melaburkan pelaburan anda secara automatik (selalunya di dalam
ETF) dan secara berkala mengimbangkan semula portfolio anda mengikut keadaan
pasaran.

Robo advisor adalah bagus untuk mereka yang ingin melabur tanpa
bersusah-susah memikirkan keadaan pasaran. Mereka juga mencaj bayaran
pengurusan yang rendah (kurang dari 1%) yang tidak akan memakan pulangan anda.

Di Malaysia, robo advisor termasuklah Stashaway dan MYTHEO.
Stashaway tidak mempunyai deposit minima, dan MYTHEO memerlukan deposit
sekurang-kurangnya RM100.

Pelaburan Untuk Jangka Masa Panjang

Tidak kira bagai mana anda melabur, pastikan ianya untuk jangka masa
panjang. Ini untuk mengelakkan kerugian melalui bayaran perdagangan untuk
jumlah pelaburan yang kecil, dan pelaburan jangka masa panjang berpotensi untuk
memberikan pulangan yang lebih tinggi

Untuk mereka yang terpaksa berkerja keras untuk menyimpan duit untuk
pelaburan, ianya boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Anda boleh
menambah jumlah pelaburan anda apabila dana mencukupi. Bak kata pepatah, “sedikit,
sedikit lama-lama menjadi bukit”. Mulakan tabiat melabur dari awal!

Semua kandungan ditulis oleh Lee Ching Wei, Ketua Pegawai Inovasi, iMoney

Untuk maklumat selanjutnya sila kunjungi www.imoney.my

About Lee
Ching Wei

Lee Ching
Wei (Ching) is the Co-founder and Chief Innovation Officer of iMoney Group, and
he serves on its board of directors. Before being named the Chief Innovation
Officer in 2018, Ching was iMoney’s CEO where he played a strategic role in
expanding the group to Indonesia, and the Philippines, as well as all its
funding rounds.

Prior to
starting iMoney, Ching worked as a consultant with Frontier Investment
Consulting and Shadforth Financial Group Limited for five years before he
decided to make his way back home in 2012. Combining his experience in
financial consulting as well as his personal experience in getting credit cards
through comparison platforms in Australia, Ching founded his brainchild,
iMoney. It started off as a financial comparison platform, but it has grown to
be so much more with a vision to help everyday Malaysians make informed
financial decisions.

About
iMoney

iMoney.my is the leading financial comparison website and a trusted personal finance authority that helps people make the most of their money. Established in 2012, iMoney.my has broken new grounds on personal finance in Malaysia and is now the leading financial comparison website in the country. A firm advocate of jargon-free financial information, iMoney believes that everyone should be adequately informed before making any financial decisions.



Source link