Artikel Terkini

Peer-to-Peer (P2P) Lending: Pelaburan Dengan Memberi Pinjaman


Peer-to-peer lending atau lebih dikenali sebagai P2P sudah mula bertapak di Malaysia sejak dua tahun lalu. Ya, pastinya lepas Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyiapkan proses kawal selia dan rangka dalam tentang bagaimana platform P2P berfungsi.

Jom kita lihat sepintas lalu apakah yang dimaksudkan dengan P2P ini.

Mekanisma

P2P merupakan adik-beradik dengan Equity Crowdfunding (ECF) daripada segi konsep mereka. P2P mahupun ECF merupakan salah satu cara syarikat mencari modal untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Jadi, syarikat tersebut bukalah peluang kepada orang ramai untuk meletakkan wang masing-masing. Daripada segi pulangan, terdapat perbezaan yang ketara di antara dua jenis pelaburan ini.

Dalam kes ECF, pemilik syarikat akan memberi saham kepada pelabur manakala dalam kes P2P, pemilik syarikat akan memberi peratus keuntungan kepada pelabur secara bulanan.

Dalam cerita di atas, ada dua faktor penting dalam pelaburan P2P: pelabur dan pemilik syarikat. Sebenarnya ada satu lagi faktor penting dalam P2P era baru, iaitu pemilik platform.

Tugas pemilik platform ialah menapis projek yang boleh diiklankan atau ‘live’ sebagai kempen dalam platform masing-masing. Ini salah satu proses yang sangat penting dan dititikberatkan oleh SC. Ianya juga dikenali sebagai ‘Due Diligence’.

Apakah Platformnya?

Seperti biasa, bila kita sebut tentang pelaburan, kita kena pastikan yang platform pelaburan tersebut telah mendapat lesen daripada SC. Berikut ialah operator yang telah diberikan lesen oleh SC untuk menyediakan platform P2P:

  1. Capitalbay (Bay Smart Capital Ventures Sdn Bhd)
  2. B2B Finpal (B2B Finpal Sdn Bhd)
  3. CapSphere (Capsphere Services Sdn Bhd)
  4. Crowd Sense Sdn Bhd
  5. *Nusa Kapital (Ethis Kapital Sdn Bhd)
  6. Alixco (FBM Crowdtech Sdn Bhd)
  7. *Microleap (MicroLEAP PLT)
  8. Funding Societies (Modalku Ventures Sdn Bhd)
  9. Moneysave (M) Sdn Bhd
  10. Fundaztic (Peoplender Sdn Bhd)
  11. QuicKash (QuicKash Malaysia Sdn Bhd)

Berminat Nak Cuba? Begini Caranya

  1. Daftar di mana-mana platform yang disenaraikan di atas
  2. Ada sesetengah platform memerlukan anda mendeposit wang anda
  3. Boleh mula mencari mana-mana projek/investment notes. Ada beberapa item yang kita boleh lihat daripada investment notes yang diterbitkan:
    • Risiko. Pastikan anda baca definisi risiko bagi setiap platform. Ada platform yang membuat pembahagian risiko mengikut A – G yang mana A bermaksud risiko yang terendah manakala G merupakan risiko yang tertinggi. Ada juga yang mengklasifikasikan mengikut rendah, sederhana dan tinggi. Yang penting, anda baca dahulu. 
    • Pulangan. Berapa peratus yang bakal anda perolehi daripada pelaburan tersebut.
    • Tempoh. Setiap investment note berbeza tempoh pelaburan dan projeknya. Pastikan anda mampu untuk hilang sejumlah duit yang anda laburkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh investment note tersebut
    • Probability of default. Peratus yang issuer/pemilik syarikat akan gagal untuk membayar semula pinjaman mereka daripada kita
  4. Kita boleh klik untuk melabur investment note yang kita rasa yakin untuk melabur

P2P boleh dikategorikan sebagai pelaburan yang tinggi risikonya. Ini kerana pelaburan jenis ini sangat bergantung kepada prestasi syarikat tersebut dan kita tidak boleh mengawal bagaimana syarikat tersebut.

Tapi macam biasa, pulangannya agak tinggi dan boleh mencecah ke 18%. Sesuai dengan konsep “High Risk, High Return”.

Bagi yang berminat dengan investment note yang patuh Syariah, boleh tengok-tengok yang nombor 5 & 7 dalam senarai operator di atas.

Andai nak cari projek bina rumah untuk mereka yang kurang berkemampuan di Indonesia (P2P dan patuh shariah juga), boleh klik di sini.

Selamat mencuba!

Ditulis oleh Afif Amir, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang Actuarial & Financial Mathematics. Meminati dunia pelaburan terutama berkaitan saham, equity crowdfunding dan pelaburan digital. Full time PhD & trader, part-time investor.

Komen

komen





Source link