Artikel Terkini

Pelan Rangsangan Ekonomi: Kerajaan perlu fokus kepada sektor pelancongan



KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan memberi fokus kepada sektor terjejas khususnya sektor pelancongan dalam perancangan pelan rangsangan ekonomi seterusnya dalam berdepan dengan tempias wabak COVID-19.

Penganalisis Ekonomi, Dr Madeline Berma berkata, ia bagi mengelakkan hotel berdepan tindakan menutup operasi sepenuhnya dalam tempoh enam bulan susulan pandemik yang melanda negara ini.

“Saya antara individu yang merasakan kerajaan perlu melaksanakan pakej rangsangan khususnya untuk sektor yang betul-betul terkesan.

“Ia termasuk sektor hiburan, perkhidmatan yang bersifat logistik dan perhotelan. Memang satu pakej rangsangan perlu diperkenalkan,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH), Halim Merican berkata sebanyak 20 peratus daripada 1,200 buah hotel di bawah MAH berdepan tindakan menutup sepenuhnya atau menangguhkan operasinya.

Ia sekali gus telah menjejaskan 6,000 kakitangan industri terbabit yang terpaksa diberhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh tertentu.

Kata Madeline, angka tersebut hanya sebahagian daripada jumlah sebenar kerana ia hanya mengambil kira hotel yang berskala besar.

“Ia hanya “tip of the iceberg” kerana angka tersebut hanya merangkumi hotel yang berskala besar sahaja.

“Hotel yang berskala kecil seperti hotel bersaiz satu bintang ke bawah, jika ada, memang mereka tidak dapat beroperasi,” tambahnya.

Pada 2 Mei lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana merangkumi semu asektor dijangka diumumkan akhir bulan ini.





Source link

Related Posts