Artikel Terkini

Pemilikan Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Oleh Pelabur Asing Menjadikannya Sangat Kompetitif


Memiliki kelab bola sepak ternama di Eropah merupakan salah sebuah cabang pelaburan yang dilakukan oleh kebanyakan bilionaire ternama dunia. Di antara kelab bola sepak yang menjadi buruan golongan elit ini adalah kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebab utama para bilionaire gemar untuk memiliki kelab EPL adalah disebabkan sikap terbuka badan pengurusan EPL yang membenarkan pelabur luar untuk memilki kelab bola sepak di negara tersebut.

Mula Sejak Tahun 2003 Lagi

Fenomena pembelian kelab bola sepak di Britain yang menjadikan EPL sangat kompetitif dimulakan oleh Roman Abramovich, seorang bilionaire dari Rusia yang telah membeli kelab Chelsea pada tahun 2003. Mereka telah berjaya menjadi  juara EPL buat kali pertama era baru pada tahun 2004 dan telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya suntikan kewangan bagi menjadikan sesebuah kelab itu berjaya.

Selain daripada itu, ada di antara bilionaire ini menjadikan pelaburan ke dalam kelab EPL sebagai satu hobi. Seperti Roman Abramovich yang memiliki Chelsea sebagai hobi dan untuk memenangi trofi perlawanan, bukan untuk menambah kekayaan peribadi.

Hal ini pula berbeza dengan pemilik kelab terkenal seperti Manchester City, Manchester United, Liverpool dan juga Arsenal yang memiliki kelab tersebut untuk mengembangkan portfolio perniagaan mereka.

Kelab Manchester City kepunyaan City Football Group merupakan kelab yang berjaya di EPL sejak pengambilalihan kelab tersebut dan pelaburan yang luar biasa. Tindakan ini juga sama seperti yang dilakukan oleh tiga  lagi kelab gergasi bola sepak di EPL iaitu Manchester United, Liverpool dan juga Arsenal yang dimiliki oleh Rakyat Amerika.

Mereka ingin mengembangkan portfolio pegangan mereka di dalam pelaburan yang berteraskan sukan.

Kesan positif daripada kemajuan liga EPL, liga Eropah yang lain turut mengikuti jejak langkah mereka seperti Perancis, Itali dan juga Sepanyol. Mereka telah membuka pintu untuk pemilikan kelab daripadaa pelabur asing.

Kecuali Liga Jerman

Hanya kelab dari Jerman sahaja yang tidak membenarkan pemilikan kelab oleh individu atau syarikat asing bagi menjaga tradisi bola sepak negara itu. Jerman terkenal dengan polisi yang mana kelab dimiliki sebahagiannya oleh peminat bolasepak dan sebahagiannya pemilik yang membeli kelab tersebut.

Setiap keputusan yang melibatkan kelab di Jerman perlu melalui rundingan dengan peminat mereka yang memegang saham kelab tersebut yang mana peraturan ini dikenali sebagai 50+1.

Oleh sebab itu, kelab di Jerman kurang kompettiif kerana jurang perbezaan yang ketara di antara kelab yang kaya dan kelab yang miskin. Ini telah menyukarkan sesetengah kelab yang miskin sukar untuk berdaya saing di Bundesliga, liga terulung di Jerman.

Sumber Rujukan:



Source link