Artikel Terkini

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah untuk pembeli hartanah tahun 2020


Tok baru je hadamkan Perutusan Khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) daripada Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin.

Bagi Tok sangat menarik pembentangan beliau tambah lagi untuk korang yang berminat dalam hartanah.

Jemput baca apa yang bakal korang dapat.

Untuk merancakkan semula pasaran hartanah, beberapa insentif cukai akan
disediakan:

#1 Kempen Pemilikan Rumah

Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula. Melalui
kempen ini, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah
milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai
antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.

Pengecualian duti setem ke atas suratcara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman. Pengecualian ini akan berkuatkuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10% oleh pihak pemaju.

#2 Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Pengecualian ini dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu.

#3 Had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga

Selain itu, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai
RM600 ribu ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70% daripada nilai rumah, semasa
tempoh program Kempen Pemilihan Rumah, tertakluk kepada pengurusan risiko
dalaman institusi kewangan.

Menarik kan? Tok akan update dari semasa ke semasa. Stay tuned!

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.



Source link