Artikel Terkini

Penjana mampu tarik minat pelabur asing ke negara ini



KUALA LUMPUR : Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang bertujuan untuk memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran pandemik COVID-19 dilihat bakal menarik semula minat pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Menurut Ketua Penasihat & Penyelidikan EXIM Bank, Zabedah Giw, strategi pengukuhan kembali sektor domestik akan melahirkan kepercayaan pelabur asing untuk melabur.

“Penjana merupakan strategi untuk merancakkan kembalik sektor domestik termasuk perbelanjaan isi rumah, perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana, GLC, dan syarikat korporat di negara ini.

“Ia adalah untuk merancakkan kembali aktiviti perniagaan. Ia juga akan membantu menstabilkan keadaan ekonomi dan akan memastikan ringgit Malaysia meningkat.

“Model ekonomi ini adalah untuk mengukuhkan sektor domestik yang seterusnya akan menarik minat pelabur asing untuk kembali melabur ke negara ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

 

Pada masa sama, Zabedah berpendapat sektor domestik seperti perubatan, makanan dan minuman yang menjadi keperluan asas ketika ini akan melahirkan peluang pekerjaan kepada para graduan.

Ia sekali gus akan memberi keyakinan kepada pelabur asing tentang kebolehpasaran di negara ini.

Begitu juga bagi sektor eskport seperti barangan mekanikal, peralatan perubatan dan minyak yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

“Ini adalah faktor utama di mana sokongan akan diberikan kepada sektor eksport di negara ini dan dengan perkembangan digitalisasi bagi industri ini akan melahirkan pelabur asing untuk melabur di negara ini,” jelasnya. 





Source link

Related Posts