Uncategorized

Perdagangan Taiwan-Malaysia dijangka berkembang 10 peratus dalam tempoh lima tahun

Perdagangan Taiwan-Malaysia dijangka berkembang 10 peratus dalam tempoh lima tahun 1



Perdagangan Taiwan-Malaysia dijangka berkembang 10 peratus dalam tempoh lima tahun 2

KUALA LUMPUR: Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Taiwan dijangka berkembang sekurang-kurangnya 10 peratus dalam tempoh lima tahun dari sekarang, menurut unjuran ekonomi baru-baru ini.

Pada 2018, perdagangan antara kedua-dua negara mencatat pertumbuhan 22.1 peratus, bernilai AS$23.73 bilion (RM98.16 bilion).

Pengarah Bahagian Ekonomi Malaysia di Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipeh David Hsu berkata dalam tempoh lima bulan pertama 2019, eksport Malaysia ke Taiwan mencecah AS$4.1 bilion (RM16.96 bilion) manakala import Malaysia dari Taiwan bernilai AS$ 3.8 bilion (RM15.72 bilion) .

“Perdagangan antara kedua-dua negara semakin meningkat dan berkembang setiap tahun, yang merupakan petanda yang baik untuk pelaburan semasa dan akan datang,” katanya kepada Bernama pada Pavilion Excellence Taiwan: ‘Menghargai Kehidupan Moden Inovasi Taiwan’ sempena Pameran Antarabangsa Reka Bentuk Dalaman Bangunan serta Bangunan (Archidex) 2019 di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi pelbagai jenis peluang integrasi seperti acara Taiwan Excellence dan Ekspo Taiwan setiap tahun, kami berharap dapat memperkenal beberapa syarikat dan produk terbesar Taiwan ke pasaran Malaysia.

“Kami berharap dapat melibatkan rakyat Malaysia dan Taiwan untuk meneroka peluang kerjasama dalam pertukaran teknik menerusi pelbagai ekspo seperti Taiwan Excellence dan Taiwan Expo.

“Inilah peluang bagi kami untuk memperkenal produk kepada rakyat Malaysia, dan kami juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mengetengahkan produk mereka seperti durian ke negara kami, memandangkan platform itu juga dilihat sebagai peluang bagi rakyat Malaysia untuk meningkatkan eksport ke negara kami,” katanya.

Taiwan Excellence, tanda kualiti bagi beberapa produk terbaik dari Taiwan, menyertai pameran seni bina premium tahun ini, Archidex 2019, dari 3 hingga 6 Julai.

Serjumlah 21 pengeluar Taiwan dalam pelbagai industri mempamerkan 60 penyelesaian rumah dan bandar pintar berkualiti tinggi ke Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan.

Pensijilan ini sudah wujud selama 27 tahun, dan produk dipilih dengan teliti setiap tahun untuk mengekalkan kecemerlangan ini.

Sementara itu, Bintronic Enterprise Company Ltd berkata ia mahu bekongsi teknologinya dengan syarikat Malaysia yang berminat untuk bekerja bersama-sama bagi meluaskan pasaran peranti rumah dan pejabat teknologi pintar,.

Wakil jualan syarikat itu Alice Chao berkata sebagai contoh produk bidai bermotor, dapat menawal pencahayaan secara semula jadi dalam bangunan dan sudah terbukti dapat menjimatkan tenaga sebanyak 25 peratus.

— BERNAMA





Source link

Related Posts